Cara Mudah Mengetut Pokok Tin

Pokok Tin Putrajaya: Afif Buat Tut

Masa Mak Tam mula-mula beli pokok tin, rasa terkilan kerana terpaksa membayar harga yang pada pendapat Mak Tam adalah terlalu mahal harganya untuk hanya satu anak pokok. Tetapi sekarang Mak Tam sudah faham. Selain dari dapat menikmati buahnya yang lazat dalam masa 5-6 bulan lepas tanam, kita juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual anak tut yang kita boleh buat sendiri.

Oleh itu mari Mak Tam berikan langkah mudah membuat tut. Semua boleh didapati di kedai Fahmie Formeniaga (Puan Zie: 017-883-8445). Juga ada cawangan di Sabah. Barang-barang yang perlu disiapkan adalah:

i. Pisau kecil yang tajam.
ii. Penggalak akar - Seradix.
iii. Cable tie yang kecil.
iv. Plastik 'clear'.
v. Atonik.
vi. Jiffy7

1. Mula sekali ambil 1 liter air dan masukkan 2 titis Atonik dan kacau. Rendamkan Jiffy7 selama 5 minit.
2. Rupa Jiffy7 selepas 2 minit direndam.
3. Selepas 5 minit direndam.
4. Ukur batang dalam panjang 20cm, buat 2 kelaran pada batang disebelah bawah ruas. Kopek kulit kayu.
   
5. Kikiskan bahagian batang yang sudah terkopek dengan cermat.
6. Sapukan serbuk Seradix kepada torehan.
7. Ambil 1 Jiffy7 dan perah.
8. Torehkan memanjang macam ini.
9. Perlahan-lahan koyakkan.
10. Tangkupkan Jiffy7 diatas torehan.
11. Balutkan dengan plastik 'clear' supaya senang nampak akar.
12. Ikat sebelah bawah guna cable-tie atau tali.
13. Kemaskan balutan dan ikat disebelah atasnya.
14. Sudah siap.
Jika ada soalan, sila tulis dalam ruang komen disini. Boleh Mak Tam perbaiki lagi post ini supaya lagi mudah untuk difahami cara mengetut ini.
Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin


3 comments

Write comments
5:42 PM delete

Salam Pak Tam, saya berminat mengikuti blok tuan, bolehkah saya dapatkan bibit tersebut di Sabah. Boleh bagi mereka yang saya boleh hubungi. Terima kasih.

Martin Lugu.

Reply
avatar
Mak Tam
AUTHOR
11:14 PM delete

Salam Martin Lugu. Boleh cuba hubungi Puan Rozie melalui email sales@formeniaga.com. Mereka juga ada cawangan di Sabah.

Reply
avatar
8:26 PM delete

Salam MakTam. Set untuk buat tut ada jual tak?

Reply
avatar