Cara Tanam Pokok Buah Tin


Ramai rakan-rakan yang datang membeli anak pokok bertanya cara tanam pokok buah tin. Mula kita cari pasu yang agak besar. Kalau pasu kecil, akar pokok akan penuhkan dalam masa yang singkat. Pertumbuhan akan terbantut lepas satu tahun. Boleh juga dipecahkan lantai pasu jika hendak akarnya tumbuh terus dalam tanah.


Pada lantai pasu, masukkan batu-batu kecil/sederhana besar untuk memastikan tanah tidak keluar dari lubang, dan air siraman keluar dengan baik. Pokok tin tidak suka kepada keadaan tanah bertakung. Akarnya akan terganggu dan pokok akan jadi terbantut.



Untuk mendapatkan saliran yang baik, Pak Tam buat campuran media seperti berikut:
5 bahagian pasir kasar
4 bahagian tanah merah
1/2 bahagian kompos
sedikit kapor pertanian
sedikit baja npk 15:15:15 (beli dinurseri)


Gaul campuran diatas bagi sebati. Isikan pasu sebahagian sahaja. Ukur ketinggian tanah dalam polibeg anak pokok yang dibeli dengan meletakkan polibeg tersebut ke dalam pasu. Pastikan tanah dalam polibeg bawah sedikit dari bibir pasu.

Kalau campuran tanah tak cukup, tambahkan sikit. Tujuan adalah untuk memastikan pokok ditanam pada paras 3 cm dari bibir pasu.



Sediakan pisau yang agak tajam. Angkat polibeg dan pelan-pelan toreh sebelah bawah polibeg tanpa memutuskan plastik sebelah bawah. Berhati-hati jangan tertoreh perut pulak.


Atau letakkan saja polibeg berisi anak pokok itu dan toreh dibahagian bawah tanpa memutuskan plastik sebelah bawah tu.


Angkatkan polibeg dengan cermat sambil selakkan plastik yang telah dipotong sebelah bawahnya. Pastikan paras tanah dalam polibeg adalah 3 cm dari paras bibir pasu. Isikan campuran tanah disekeliling polibeg hingga separuh ketinggian polibeg.


Perlahan-lahan tarikkan polibeg hala keatas dengan cermat agar anak pokok tidak rosak. Pastikan lapis belah bawah polibeg juga ikut.


Teruskan tambah campuran tanah untuk mengisi ruang kosong. Berhati-hati supaya akar tidak terjejas.


Isikan sekeling anak pokok dengan cermat dan berhati-hati.


Tambah tanah sehingga sampai keparas tanah dalam polibeg tadi. Bubuh tanah lebih sikit kerana apabila disiram air, nanti tanah akan menurun.


Anak pokok yang siap ditanam kedalam pasu. Paras tanah dalam 3 cm dari bibir pasu. Apabila kita siram air, air tidak melimpah. Air akan terus disalirkan kebawah melalui lubang pasu.

Tempatkan pasu ditempat yang mendapat banyak cahaya matahari.



Lepas kerja menanam selesai, siram air dengan agak banyak agar semua tanah akan basah. Jika air turun dengan baik, bermaknanya campuran tanah tadi adalah baik untuk pokok tin. Ini adalah kerana, pokok tin tidak suka air bertakung.

Siram sehari sekali tanpa membasahkan daun. Daun pokok tin 'fussy' sikit. Tidak suka air membasahi daunnya.

---

Mak Tam jual kat rumah saja iaitu di Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya). Yang anak pokok macam ini RM150 satu. Kalau beli dua RM270. Mak Tam 019-380-1815 dan Pak Tam 019-3322-947). Jika nak datang boleh WAZE Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra. Rumah Mak tam nombor 55 jalan 3/1.