Rakan-Rakan Tin Beli Pokok Tin IBT

Rakan-Rakan Tin Beli Pokok Tin IBT


Hari ini ramai rakan peminat tin datang. Seronoknya Mak Tam dan Pak Tam. Memang dengan ada pokok tin, kami dah tambah ramai rakan dan taulan. Alhamdulillah. Gambar atas ni adalah Tuan Mohd Rohani Elias, Geological Advisor, Exxon Mobil. Alhamdulillah sampai juga hajatnya untuk dapat 2 anak pokok yang sihat dan gagah. Tengok sajalah senyumnya. Pak Tam pula senyum-senyum kambing... jangan marah.... Sempat juga Pak Tam bertanyakan pasal harga minyak petrol. Harga kat pasaran dunia sudah turun. Dengar harga minyak petrol juga akan turun 1 Feb, 2015. Mak Tam nampak kat fb tadi.


Yang sebelah Pak Tam ialah Hafiz berasal dari Kelantan. Dia nak bawak balik pokok tin balik Kelantan jam 9 malam ini. Pak Tam juga bekalkan daun tin dan sebiji buah tin yang sudah merah. Mungkin baru 85% masak untuk ibunya yang menghidap sakit buah pinggang. Salah satu khasiat daun tin adalah memulihkan fungsi buah pinggang hasil dari pengalaman Tuan Haji M Yusuf Harun dari Bukit Beruntung. Dari pengalaman, beliau dapati dengan meminum teh daun tin 2 kali sehari, iaitu sebelah pagi dan petang, dapat memulihkan fungsi buah pinggang. Semoga daun tin yang bawa balik untuk ibu Hafiz dapat dimanfaatkan. Aamiin.

Ini ada Mak Tam jumpa khasiat daun tin:

1. Mengawal tekanan darah tinggi & jantung
2. Detoksifikasi
3. Mengandung serat tinggi
4. Mengurangi sesak nafas
5. Mengawal kadar gula darah
6. Sebagai pelancar buang hajat besar
7. Penahan sakit dan unsur perkumuhan air seni (diueritik)
8. Tidak mengandung garam, lemak, & kolestrol
9. Mengandung kalium, serat, & zat besi tinggi
10. Mencegah kanker usus besar
11. Mengandung anti oksidan
12. Melegakan kahak
13. Memperlambat proses penyerapan glukosa di usus kecil
14. Membersihkan hati & limpa
15. Mengatasi masalah berat badan
16. Terapi penderita diabetes.

 Kandungan dalam Daun tin :
- polyphenols (anti oksidan)
- benzaldehyde (anti tumor & kanker)
- coumarins (anti tumor & kanker)

Disebelahnya adalah Farid. Mereka berdua ini tinggal bersama di Prescint 11, Putrajaya. Farid bawa balik 2 anak pokok IBT untuk ditanam di kampongnya di Pahang. Terlupa pulak nak tanya kat mana. Pesan Mak Tam kepada mereka adalah tanam saja atas tanah yang senang dapat matahari sehari suntuk. Buat macam batas sikit supaya saliran air mudah. Semoga mereka berdua dapat makan buah yang banyak dalam 6-7 bulan lagi, InsyaAllah.


Saudara Jamaluddin dan Aspaya ni kawan lama kami. Dari masa belum kahwin hingga sekarang. Mereka bawa balik anak pokok sampai penuh kereta. Cuma ada masalah dengan kera kat kampong mereka. Suka sangat mengintai pokok tin yang sudah ditanam beberapa bulan dulu. Dah berbuah pun. Sekarang ni mereka berdua nak tanam kat laman depan rumah supaya kera segan sikit nak kacau. Aamiin. Semoga makbul.

Bagi yang berminat nak beli IBT, pokok ada lagi tapi yang batang besar gedohok tinggal sikit sangat sebab yang datang awal, semua pilih yang batang besar. Tapi yang masih ada pun tidak kurang hebat. Anak pokok besar dan berdaun lebat. Ada yang dah nampak putik kat celah ketiak daun. Jangan susah hati yang nak datang esok. Mana yang dah tempah, dah letak kat lain.

Mak Tam jual kat rumah saja iaitu di Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya). Harga anak pokok IBT adalah RM150 satu. Kalau beli dua RM270. Mak Tam 019-380-1815 dan Pak Tam 019-3322-947). Jika nak datang boleh WAZE Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra. Rumah Mak tam nombor 55 jalan 3/1.

Si Kuning, kucing Mak Tam pun nak tunjuk badan sasanya pulak petang ni. :D Kasi can kat dia.