PENGUMUMAN: IBT Tukar Nama IBG

Madam Young Yong Mengumumkan Pertukaran Nama IBT Kepada IBG





Beberapa minit sebelum maghrib tadi, Mak Tam tengok Madam Young Yong pos tentang nama IBT (Improved Brown Turkey) ditukar kepada IBG (Ipoh Blue Giant). Apa pun nama pokok tin dari ladang Madam Yong ini, Mak Tam hanya nak kongsikan kebaikan pokok ini.

Kalau boleh ingat, Mak Tam pernah tulis mengenai bagaimana Madam Yong dan suaminya Mr Poh memulakan penanaman pokok tin. Baca di sini Pokok Buah Tin Sumber Ubat Kepada Penyakit.

Mak Tam selalu berulang-alik dari Putrajaya-Kedah-Putrajaya. Tempat yang sering disinggahi adalah ladang Madam Yong. Selain daripada mengambil stok anak pokok tin yang baru, Mak Tam dan Pak Tam suka bersembang dengan pasangan ini. Banyak ilmu yang dikongsikan dari cara membuat semaian keratan, media yang digunakan, cara menanam, membaja, mengapor, menjaga kualiti buah dan macam-macam lagi.

Kali terakhir kami disana adalah malam Selasa baru ini. Kali ini kami dihidang dengan dua biji buah tin yang besar dari selalu. Pak Tam pegang atas tapak tangannya. Wah.. penuh tapak tangan. Ada dua biji yang saiz besar ini. sayang sekali tidak bawa penimbang mini. Tapi boleh tengok gambarnya disini.

Buah IBG Yang Besar Saiznya
 Sering juga buah tin Madam Yong ini jadi besar tapi peratusnya sangat rendah. Adalah 2 atau 3 biji sekali petik dalam ladang itu. Kalau besar ini, masalah ler pulak nak packing dan nak jual. Satu pek plastik kecil tu boleh muat 3 biji atau 4 biji buah sahaja. Kalau yang besar ni, dua biji tak muat. Tapi kalau dapat yang besar ini kat pokok kita, aduss.. meleleh.....

IBG Buah Besar Muat Dua Biji Sahaja
Walau apa pun, kebanyakan saiz buah adalah bersaiz sederhana iaitu 80g dan kurang. Kalau yang 80g dapat masuk 3 biji satu paket plastik. Yang lebih kecil boleh masuk 4 biji. Kebanyakan dari buahnya adalah dalam kategori ini. Ada juga dipenghujung musimnya, buahnya kecil-kecil saiz buah Negronne. Yang kecil-kecil itu pun favourite Mak Tam. Pasal sedap samaada besar atau kecil.

Tiga biji Satu Pek Plastik

76g satu biji


Mari kita tengok pokok tin dibawah pengurusan Madam Yong dan suaminya Mr Poh. Pokoknya memang sihat dan gebuss. Batang asal pokoknya sudah setebal lengan kita. Buah bergugus dari bawah hingga atas. Memang terliur melihatnya. Yang Mak Tam tanam dalam pasu dan atas tanah tanpa lindungan hujan/serangga tak sebagus pokok mereka. Tengok buah bergugus ini.

Berbuah Setiap Ketiak Daun

Selalu Mak Tam teruja tengok buah dia. Pasal itu Mak Tam yakin jual pokok ini kepada rakan-rakan yang ingin bertanam khusus untuk makan buah tin bersama keluarga. Mak Tam juga ada menulis tentang perkara ini. Baca disini Mengapa Hendak Tanam Pokok Tin? Gambar pokok tin yang berbuah sarat juga diselitkan disitu.

Tapi kali ini kami melihat sesuatu yang menarik. Kalau dulu kami sering melihat buah-buah yang agak jarang-jarang atas batang, kali ini melihat buah-buah yang rapat-rapat pula. Mak Tam tanya Madam Yong. Dia kata kalau buah macam ni masalah juga sebab buah mungkin tersepit diantara buah-buah. Jadi bentuk buah mungkin terjejas. Katanya ini adalah disebabkan oleh pemberian baja buah kepada semua pokok serentak. Jadi batang muda, apabila mendapat baja buah 12:12:17 TE, tumbesaran dahan lambat berbanding bila ia dapat baja 15:15:15. Al-kisah, buah juga keluar rapat-rapat.

Berbuah Rapat-Rapat

Berbuah Macam Berbunjut
Tapi ini memberi Mak Tam idea untuk buat pokok khusus untuk hadiah atau hantaran. Kita nak pokok dalam pasu yang boleh dibentuk merendang dengan buah lebat berbunjut. Huish... pengsan mak pengantin kalau dapat hadiah macam kat bawah ni. Boleh ker atau tidak, kalau kita tak cuba, kita tak tahu, kan? Jom kita ramai-ramai cuba. Sesapa yang sudah beli pokok tin lebih awal, boleh cuba. Oleh kerana buah keluar pada dahan baru, kena ler potong. Tengok pokok dalam pasu kat bawah ni dan kita impikan boleh buat. Untuk dijadikan hantaran, anytime. (Cara untuk membuat pokok yang sudah habis berbuah supaya berbuah lagi sila klik di sini Cara Membuat Pokok Tin Terus Berbuah).

Ikat Riben Lawa Boleh Jadi Hantaran (Gambar Internet)
Pokok IBG rasa Mak Tam cantik dibuat macam ini kerana warna buahnya yang mengancam. Pokok lain pun boleh, no problem. So sesapa nak buat, sila pos kat fb grup Tin Oh Tin (TOT). Jom kita belajar sama-sama. Kalau belum jadi ahli TOT, jom jadi ahli. Ahli dah 10,570 orang dah. Jom...

Tengok apa kata rakan-rakan di fb - Rose Syam, Juwariah Ibrahim dan Mohd Hafyzarr.



Mak Tam nak ucapkan terima kasih kepada Madam Young Yong dan Mr Poh atas perkongsian ilmu dan atas persahabatan. Mak Tam belajar banyak dan semoga dapat dimanfaatkan dikalangan peminat pokok tin. Nanti simpan buah besar lagi yer. nyam nyam...

Buah IBG Dalam Pek Plastik Dan Kotaknya.

Kali ini nak buat perubahan, Mak Tam akan letak lagu youtube yang pekenan dihati. Kali ini lagu Cindai oleh Dato Siti Nurhaliza. Dari dulu sampai sekarang memang suara dia sedap. Layan..............




Jika mencari tut rebunjut pokok tin (dari RM60) atau anak pokok (dari RM120), jemputlah ke rumah Mak Tam. Call atau wassap dulu yer. Kadang-kadang kami balik kampong.

Tempat: Berhampiran Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya)
2°54'28.7"N 101°42'25.5"E
2.907960, 101.707093.


(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)

E-mail: noorazimah@gmail.com