Cara Pak Tam Mengakarkan Keratan Pokok Tin

pokok tin putrajaya
Keratan Pokok Tin
 Dari Sepanyol
Pak Tam bawa balik beberapa keratan pokok tin dari Granada, Spain. Risau juga kerana kami berada di Eropah selama tiga minggu lagi selepas meninggalkan Sepanyol. Masih hidupkah keratan selepas begitu lama? Mak Tam gulung keratan dalam kertas akhbar dan masukkan kedalam plastik. Pada setiap tempat penginapan, Mak Tam letak keratan itu kedalam kotak sayuran didalam peti sejuk. Sampai ke rumah kami di Desa Pinggiran Putra, masuk peti sejuk juga kerana ada komitmen di Kedah. Jadi keratan berada dalam peti sejuk lebihkurang 35 hari selepas dikerat dari pokok.

Keratan Dikeluarkan Dari Peti Sejuk

Keratan dikeluarkan dari peti sejuk dan didapati ada yang masih elok, dan ada yang dah agak ringan mungkin sudah terlalu kering. Di bawah ini adalah langkah-langkah yang Pak Tam buat untuk mengakar dan menyemai keratan.

1.  Perkara pertama adalah melabelkan setiap keratan. Kami labelkan dengan nombor untuk membezakan  keratan yang diambil dari empat pokok yang berlainan. Gunakan marker 'Paint', atau 'liquid eraser' yang budak sekolah guna.

Label Setiap Keratan
 2.  Potong dikedua hujung keratan menggunakan secateurs yang tajam dan bersih. Panjang keratan diantara 14 ke 17 cm. Ini adalah kerana ingin pastikan batang masih hidup.

Potong Kedua Belah Hujung Keratan

Hujung Keratan Yang Dikerat
3.  Siapkan 1 liter air dicampurkan 2 ml Atonik dan/atau 2 ml B1 Chitosan. Kalau ada anti-kulat boleh letakkan 5 ml. Rendam keratan selama 24 jam. Ini untuk batang yang telah lama dikerat. Jika batang baru, 2 jam pun memadai.

4. Selepas waktu yang secukupnya, keluarkan semua keratan tadi dan letakkan diatas kertas akhbar. Biarkan dalam 2 jam supaya ia kering.

Keringkan Atas Kertas Akhbar


5.  Apabila kering, cat hujung keratan sebelah atas untuk mengelakkan batang kehilangan air dan juga untuk jauhkan jangkitan kulat. 

Seal Sebelah Atas Keratan Dengan Sealant

6.  Sediakan tray yang diisi dengan lapisan peatmoss dan cocopeat lembab setebal 1 cm. Susun kayu diatas lapisan peatmoss dan cocopeat seperti didalam gambar dibawah.


Susun Keratan Atas Cocopeat dan Peatmoss
7.  Lapiskan 1 cm peatmoss dan cocopeat lembab keatas batang keratan seperti dibawah. Tutup semua keratan.

Tutup Semua Keratan Dengan Media Yang Sama

Semua Keratan Telah Ditutup
8. Masukkan tray kedalam kotak polistrin dan tutup. Biarkan selama 2 - 3 minggu jangan diusik. Jangan intai, dan jangan dibuka. Letak kotak polistrin ditempat redup.

Letakkan Bekas Kedalam Kotak Polistrin
9.  Lepas 2 - 3 minggu, boleh buka tutup.
Buka Sedikit Tutup Untuk Masukkan Udara
10.  Dapat dilihat batang keratan sudah ada akar dan tunas.
Selepas 3 Minggu
11.  Ini gambar keratan dalam peatmoss selepas 3 minggu.
Keratan Dalam Peatmoss
12.  Ini rupa keratan dalam cocopeat lembab selepas 3 minggu. Pak Tam kata letak dalam peatmoss lagi bagus kerana tak payah jaga kelembapan.
Keratan Dalam Cocopeat
13.  Kalau anda boleh dapat tanah campuran yang ini sangat baik untuk semaian keratan yang sudah berakar. Orang Ipoh senang dapat tanah campuran ini di nurseri bunga.

Pak Tam Guna Tanah Campuran Jenama Bagus (Nurseri Di Ipoh)

14.  Batang keratan yang telah berakar dan bertunas disemai kedalam polibeg berisi tanah campuran. Air hanya melembabkan tanah sahaja. Masa ini kawalan air sangat mustahak. Kalau tanah kering pun tak boleh, terlebih air juga tak boleh.
Semai Dalam Tanah Bagus
15.  Susunkan polibeg balik ke dalam polistrin dan letak penutup tapi renggangkan sikit supaya udara masuk. Jaga dalam 1 minggu begini.
Masukkan Ke Dalam Kotak Separa Tertutup
16.  Lepas itu bolehlah diletakkan ke tempat ada cahaya matahari sedikit.

Masa Ini Dipanggil Hardening (Menguatkan tunas)
 Begitulah cara Pak Tam buat untuk keratan yang sudah lebih sebulan didalam peti sejuk. Semoga semuanya hidup hingga keluar buah dengan lebat.

Dengarlah lagu Besame Mucho oleh Andrea Bocelli, seorang penyanyi tenor klasik yang buta sejak berumur 12 tahun dalam satu kemalangan semasa bermain bola sepak.




Jika mencari tut rebunjut pokok tin (dari RM60) atau anak pokok (dari RM120), jemputlah ke rumah Mak Tam. Call atau wassap dulu yer. Kadang-kadang kami balik kampong.

Tempat: Berhampiran Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya)
2°54'28.5"N 101°42'25.5"E
2.907928, 101.707073.


(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)

E-mail: noorazimah@gmail.com