Jual Pokok Tin Murah Ditepi Putrajaya

Mak Tam ada jual pokok tin murah ditepi Putrajaya bagi memudahkan warga Putrajaya, dan sekelilingnya mendapatkan anak pokok tin yang sihat, stabil dan cepat berbuah.

buah tin di nurseri pokok tin di putrajaya
Buah Yang Banyak Dan Sihat
Jual Pokok Tin tepi Putrajaya
Pokok Tin Yang Stabil

Nurseri Mak Tam ini kecil sahaja. Ianya merupakan projek pencen Pak Tam dan Mak Tam. Oleh kerana kami dulu bekerja berpuluh tahun dengan jabatan pertanian, memang tidak boleh tinggalkan bidang ini. Lagi pun kami dapat juga beriadah dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan. Dengan menjual pokok tin murah, kami berkenalan dengan ramai peminat tin dari seluruh negara, termasuk dari Indonesia dan Brunei.


Mak Tam nak cadang kepada anak muda yang ibu-bapa masih sihat dan tinggal dikampung untuk hadiahkan sepokok dua. Pokok tin ini memang mengasyikkan. Dari pokok yang stabil, selalunya 3 bulan selepas ditanam kedalam pasu dan jika baik penjagaannya, mata ketam atau putik bunga akan keluar dari celah ketiak daun.




Ibu-bapa yang tinggal dikampung, atau dipekan kecil, akan terisi masa dengan menanam dan menjaga tanaman pokok tin. Apa lagi ianya adalah hadiah daripada anak dan menantu mereka.

Mak Tam cadangkan beli saja anak pokok tin yang sudah besar dan stabil. Jadi pokok akan bertahan dalam perjalanan dari Putrajaya ke kampung samada di Kelantan, Trengganu, Perlis, Kedah atau Johor. Harga satu anak pokok adalah RM140. Kalau pandai ambil hati Pak Tam, beli lebih dari satu dapat diskaun lagi.


Buah Tin Varieti IBT

Pokok tin ini tidak susah dijaga jika kita tanam anak pokok yang cukup stabil. Cuma pastikan siram terus kedalam pasu tanpa membasahkan daun sekali sehari.

Pokok tin datang dari negara yang kurang hujan. Jadi pokok tin tidak suka air terlalu banyak. Daunnya juga tidak berapa suka kepada keadaan  yang terlalu lembab. Oleh itu apabila kita siram, cuba tidak membasahkan daunnya.

Untuk pokok diperingkat pertumbuhan, cuma perlu baja daun sahaja dulu. Boleh saja beli dari kedai baja atau nurseri and minta baja daun. Tabur dalam 1 sudu setiap minggu.

Apabila pokok sudah menunjukkan putik, bolehlah mula menabur baja untuk buah. Pokok dari anak yang stabil akan mengeluarkan putik tiga bulan selepas ditanam kedalam pasu atau terus ke tanah. Ini bermakna anda boleh makan buahnya 6 bulan selepas tanam.

Jom tengok video ini. Joget Orang Bertunang - M. Daud Kilau


Kami telah mula menjual anak pokok tin sejak 2013 lagi. Jadi jemputlah datang kerumah kami di Desa Pinggiran Putra. Boleh telepon Pak Tam 019-3322-947, atau Mak Tam 019-380-1815 jika mahu singgah membeli pokok untuk bawa balik kampung. Kami jual pokok tin murah sepanjang minggu.