KEBUNA: Kedai Barangan Pertanian Baru

Sejak 1 Januari, 2017, Mak Tam banyak di kedai KEBUNA. Itu yang tak sempat update blog.

Kebuna Kedai Pertanian di tepi Putrajaya
KEBUNA - Kedai Pertanian Baru di Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya)
 Anak Mak Tam yang nombor tiga, Kamal Tasnim namanya. Berada di negara Jerman beberapa tahun dan graduate dengan ijazah Kejuruteraan Eletrik. Tetapi, setelah balik ke Malaysia, dan banyak membantu Pak Tam dengan pengurusan pokok tin, Tasnim rasa lebih seronok dengan bidang pertanian. Walau pun masa mulanya Mak Tam susah hati, setelah beberapa minggu berbincang dengan Pak Tam dan Tasnim, kami berdua merestui pilihan anak kami ini. Maka bermulalah perancangan untuk sebuah kedai pertanian bernama KEBUNA bertempat di Desa Pinggiran Putra.

KEBUNA
Antara barangan keperluan berkebun dan pertanian yang KEBUNA sediakan adalah:
•    Biji Benih Sayuran
•    Baja dan Booster Pokok
•    Barangan Keperluan Fertigasi
•    Barangan Keperluan Pokok Tin
•    Barangan Keperluan Semaian
•    Hydroponics Set
•    Pasu Bertingkat
•    Pasu dan Polybag
•    Pencegah Perosak Organik
•    Peralatan Berkebun
•    Pokok Sayuran dan Herba
•    Produk MySri
•    Sekam Padi Bakar
•    Tanah Bakar
•    Tanah Campuran
•    Tanah Hitam



Kebuna kedai pertanian tepi Putrajaya
KEBUNA :  Menyediakan Keperluan Kebun Anda


KEBUNA Menjual Keperluan Berkebun Anda
Kawan-kawan yang mencari bekalan perkebunan dan pertanian, marilah ke KEBUNA, di No. 1, Jalan Pinggiran Putra 3/5, Desa Pinggiran Putra, (tepi Putrajaya).














KEBUNA: Menjual Pasu Bertingkat





Boleh hubungi Mak Tam 019-380-1815 melalui wasap jika mahukan location map. Kedai KEBUNA tidak jauh dari rumah kami. Kawan-kawan boleh juga layari https://www.kebuna.com/, dan https://www.facebook.com/kebuna.garden/ untuk maklumat lanjut. Mari mari mari.. Jom pergi KEBUNA....