TERKINI :
Showroom telah berpindah ke :
No 12, Jalan BPP5/4,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan. (50m dari kedai asal)
FORMENIAGA, G62 BAZAAR RAKYAT PKPS, PUSAT BANDAR PUTRA PERMAI, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR. [Koordinat GPS 2.982299,101.664589] Berdepan Giant Equine. (ENCIK FAHMIE ABU BAKAR – 012-644-2000) atau Kedai Formeniaga 017-883-8445. Rakan-rakan jika nak cari pelbagai jenis baja dan peralatan pertanian dan fertigasi, mai cari kat Fahmie. Juga produk SRI dijual disini.
Hari ini Mak Tam dan Pak Tam nak pergi jumpa Fahmie. Dalam pm facebook Fahmie memberitahu bahawa kedainya tutup jam 1.00 tengahari kerana nak raikan harijadi isterinya. Pak Tam memang mengenali Fahmie, tapi Mak Tam berhubung melalui fb sahaja.
Setelah membawa produk SRI yang dipesan, kami pun terus ke Pusat Bandar Putra Permai. Sesampai kami disana, seorang pemuda menegur Mak Tam. Mak Tam tanya, "Fahmie, ye?"
Fahmie mengenalkan Mak Tam kepada jirannya Zie yang juga membantunya dengan urusan kedainya. Zie mempunyai kedai menjual pelbagai jenis tudung.
Kemudian berkenalan dengan Dr. Anim, isteri Fahmie. "Selamat Hari Jadi," ucap Mak Tam kepadanya. Tersenyum Dr. Anim sambil menyambut tangan untuk bersalam.
Seronok sungguh Mak Tam dapat berkenalan dengan Fahmie, Dr. Anim dan Zie. Mereka semua muda dan menjalankan perniagaan masing-masing.
Sesiapa nak cari barang untuk binatang peliharaan seperti kucing dan lain-lain, boleh menghubungi Dr. Anim (Klinik: 0122177996). Dr. Anim juga boleh uruskan sesiapa nak kasikan kucing.
Dalam kereta Mak Tam kata kat Pak Tam, "Seronoknya berjumpa anak-anak muda gigih begini". Satu hari ni hati Mak Tam 'tersenyum'.