Norbi bin Adon, Kesang Tasek, Ledang, Johor


Kali ini Mak Tam nak memperkenalkan seorang yang sungguh menarik. Mula berkenalan di facebook lebih daripada setahun dulu, dan berjumpa kembali pada Majlis Perasmian Pelaksanaan Kaedah Padi SRI di sawah Kesang Tasek, Daerah Ledang, Johor pada 10 Oktober, 2013. Tapi kerana agak sebuk masa itu, hanya dapat bersembang sekejap sahaja.

 Hari ini Mak Tam bertemu sekali lagi dengan beliau. Selepas makan di gerai pekan Sg Mati, saudara Norbi membawa kami ke rumahnya. Pak Tam dan Norbi membincangkan pelbagai perkara mengenai sawah dan pengurusan padi. Apabila beliau menyebut mengenai Katayama Tillering Model, Mak Tam rasa teruja kerana tidak ramai orang yang tahu pasal perkara ini. Dan disini, saudara Norbi menyebutnya seolah Katayama model itu sesuatu yang biasa. Dengar apa katanya dalam video ini.



Mak Tam rasa teruja kerana saudara Norbi seorang yang sangat rajin membaca dan mengkaji. Ini diakui oleh isteri beliau sendiri Puan Ani. Saudara Norbi masuk ke dalam rumah dan mengeluarkan koleksi bacaan beliau yang dimuat turun daripada internet. Wow.. Mak Tam pun mengakui bahawa sebahagian daripada bahan bacaannya itu Mak Tam sendiri pun tak pernah jumpa. Mak Tam tabik! Pak Tam dan Mak Tam gembira dapat berkenalan dengan beliau. Lagi ramai rakan tani berhujah mengenai SRI, lagi tersebarlah kebaikan kaedah SRI itu sendiri.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian Mak Tam adalah artikel bertajuk KEMASAN TEKNOLOGI UNGGULAN BUDIDAYA PADI BEBERAPA NEGARA ASIA yang membawa kepada perlunya ada anjakan paradigma dalam penanaman padi dengan tujuan peningkatan hasil. Saudara Norbi menceritakan intipati artikel tersebut dan bagaimana beliau membuat perubahan kepada cara ia menguruskan padinya dengan pembajaan menepati masa keperluan pokok. Baja yang diguna kurang daripada biasa, tetapi masih dapat mencapai hasil melebihi 8 tan sehektar. Banyak lagi yang Pak Tam dan Mak Tam ingin belajar daripada saudara Norbi.

Saudara Norbi juga pada hari ini bersetuju menjadi agen produk SRI dan akan menggunanya dalam kesemua sawah yang diusahanya. Jadi rakan-rakan tani daripada sebelah Ledang bolehlah membeli daripada saudara Norbi (telepon 012-344-5054). Tapi yang lebih penting, belajarlah daripada beliau bagaimana mengurus sawah untuk perolehi hasil 8 tan sehektar dengan mengguna kurang baja.