Pengurusan Tin Secara Organik (Organically Grown Fig)

Green Jordan Hadiah Saudara Fahmie Formeniaga
Tanggal 27 Februari, 2014, Mak Tam pergi ke kedai saudara Fahmie Formeniaga. Sedang Mak Tam bersembang dengan Zie, Afif datang membawa anak pokok tin.

'Mak Tam, Encik Fahmie suruh bagi kat Mak Tam', kata Afif. Aduss.. seronoknya Mak Tam.Ada dua orang yang buat Mak Tam berminat dengan tin ini - Fahmie dan Faezal. Terima kasih sangat.

Malam tu dah mula membuat berbagai perancangan. Mula mencari ilmu tin dalam internet. Mula melihat pelbagai jenis tin yang ada di negara Arab, di negeri mediteranean. Mak Tam bagi nama anak benih tin sulung Mak Tam 'SRI Jordan'.

Pada pendapat Pak Tam dan Mak Tam, jika tin ini dapat ditanam dan diurus secara 100% organik, InsyaAllah nilainya bertambah. Bertambah kegunaannya sebagai makanan kesihatan, tentu saja menjadi satu 'niche' yang unik dan terpilih. Sekarang ini pun para peminat sanggup membeli anak benih dalam polibeg dengan harga RM80 - RM120, dan keratan dijual dengan harga RM10 - RM30 mengikut jenis tin.

Encik Sahar Yakin Media Tanaman Penting Untuk Pokok Tin Sihat
Mak Tam telah mendengar ucapan Dato Syed Elias, Encik Dol Malek dan Encik Sahar dengan teliti. Apa yang disebut oleh mereka sangat relevan untuk penjagaan pokok tin yang sihat dan produktif. Dan Mak Tam yakin dengan produk SRI, pokok tin boleh diurus secara organik seluruhnya. Mak Tam bertekad untuk dapatkan Standard Operating Procedure (SOP) untuk penanaman organik pokok tin. InsyaAllah. Sekarang sedang mengumpul jenis tin yang sesuai.

Mak Tam bawa 31 buah buku panduan membuat produk SRI untuk rakan 'figgers' yang hadir seminar. Bagi mereka yang nak buat sendiri, teruskan. Bagi yang nak beli dulu untuk cuba, Fahmie Formeniaga (012-644-2000 / 017-883-8445 / 013-261-6162) ada jual. Jika negeri-negeri lain, sila lihat rakan SRI di 'header' blog ini.

Rakan 'Figgers' dan buku SRI
Menggunakan produk organik akan menjauhkan kita dan keluarga dari terdedah kepada racun kimia. Ada berbagai jenis racun yang sistemik, iaitu racun yang serap masuk kedalam pokok dan akhirnya masuk kedalam buah. Kita dan anak-cucu makan buah itu. Jauhikan dari racun. InsyaAllah. Produk SRI telah terbukti berkesan membuat pokok tumbuh dengan cepat, dan pada masa yang sama menjauhi perosak dan penyakit.

Seminggu Selepas Sembur SRI Anak Pucuk Naik Cergas (sudah dua kali bertunas)