SRI Anak - Kandungan Produk

SRI Anak
Mari kita tengok apakah bahan-bahan yang dijadikan ramuan bagi SRI Anak. Bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan SRI anak adalah:

Bahan untuk rangsangan pertumbuhan pokok

1.  Kangkung liar yang dijumpai tumbuh dalam kolam atau parit.
2.  Sisa ikan selepas disiang segar, iaitu termasuk perut ikan dan bahagian yang dibuang.
3.  Tulang lembu atau kambing.
4.  Cuka asli yang melalui proses fermentasi.
5.  Gula merah atau molasses.
6.  Air basuhan beras.

Bahan untuk pencegahan serangga perosak dan penyakit

1.  Bawang putih.
2.  Halia.
3.  Kulit kayu manis.
4.  Kamco (Glycyrrhiza uralensis) ubat herba Cina.
5.  Tongkui (Angelica acutiloba) ubat herba Cina.
6.  Ethanol hasil dari fermentasi.
7.  Gula merah atau molasses.

Pak Tam dan Mak Tam telah memberi ratusan latihan kepada petani dan komuniti cara membuat produk SRI. Paling awal membolehkan kita membuat bancuhan SRI Anak adalah satu bulan kerana pemprosesan sisa ikan perlukan masa 30 hari untuk matang.

Latihan dan Seminar Pertanian Fitrah Alam
Produk SRI bukan sahaja untuk pokok tin. Ia sesuai untuk semua jenis tanaman. Walaubagaimana pun, penggunaan SRI Anak adalah untuk pokok yang muda dan memerlukan booster untuk mengeluarkan tunas yang banyak dan pertumbuhan yang cepat. Tanaman sayuran daun seperti kangkung, sawi, bayam, kailan, kucai hanya memerlukan SRI Anak. Jika untuk tanaman sayuran buah, atau tanaman yang berbuah, maka SRI Bunga dan SRI Buah akan diperlukan.


Kangkung (Kredit: Pauzi Jusoh)
Bayam (Kredit: Pauzi Jusoh)