![]() |
SRI Anak |
Atok nenek kita dulu bertani tanpa bahan kimia. Kebanyakan mereka sihat sampai umur yang tua. Pasti sahaja tiada bahan kimia yang mencemari hasil tanaman mereka kerana mereka menggunakan pelbagai bahan buangan seperti tahi lembu, tahi ayam, air basuhan beras dan air basuhan ikan sebagai baja. Masa itu serangan serangga perosak tanaman amat kurang kerana pokok sihat, biodiversiti persekitaran juga seimbang. Jadi tanaman hidup dalam keharmonian alam sekitar.
Dalam awal tahun 80an, bahan input pertanian berupakan baja kimia dan racun kimia diperkenalkan secara agresif. Jadi sejak itu, hinggalah sekarang, kurikulum pertanian disekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi bertumpu kepada penggunaan kimia dalam pertanian. Bermacam jenis input kimia bagi semua permasalahan pertanian ada dalam pasaran.
Mak Tam nak bawa pembaca kepada perubahan orientasi minda terhadap pembajaan dan pencegahan perosak tanaman. Sejak 60 tahun dulu, beberapa individu di Jepun dan Korea telah menghalusi bahan-bahan asli dari alam sekitar untuk dijadikan baja dan pencegah musuh perosak tanaman. Bahan alam semulajadi yang selalunya dilihat sebagai tidak membawa manfaat, tetapi sebenarnya amat berharga.
Lihat sahaja kesan produk SRI Anak yang disembur kepada anak pokok tin yang tertera digambar dibawah ini. Sebaik sahaja ditanam kedalam pasu pada 28 Feb, 2014, Mak Tam telah memberi semburan SRI Anak. Dan pada 13 Mac serta 25 Mac, 2014. Lihatlah pertumbuhan pucuk dan daun dalam tempohmasa 5 hari. Pucuk yang bertanda A membesar berkali ganda dalam masa 5 hari sahaja. Begitu juga daun yang ditanda B dalam gambar dibawah. Pokok juga hijau sihat.
![]() |
Tumbesaran Tunas Pokok Tin Varieti Green Jordan Selepas Disembur Dengan SRI Anak |