Menanam Pokok Tin Daripada Biji Benih

Harga Biji Benih Tin Yang Menarik di Ebay
Pokok tin memang boleh ditanam menggunakan biji benih. Di Ebay ramai penjual menawarkan biji benih tin dengan harga yang sangat murah. Tapi yang lagi mudah adalah mengambil benih dari buah tin yang kering yang boleh kita beli di supermarket.

Biji dalam Buah Tin Kering

Ambil sebiji buah tin kering, potong dan keluarkan biji didalamnya. Rendam biji tin semalaman. Keesokan harinya, ambil biji benih yang tenggelam sahaja dan taburkan ke atas media campuran tanah, pasir dan sedikit kompos. Siram agar media sedikit lembab. Letakkan ditempat yang agak teduh dan tidak ditimpa hujan seperti dibawah pokok atau belakang pasu.

Anak-anak Benih Tin


 Dalam 5 hingga 6 minggu, benih akan tumbuh. Pilih anak-anak benih yang paling besar dan cergas pertumbuhannya. Tanam di atas tanah atau dalam pasu dan jaga dengan baik.

Kelebihan menanam dari biji benih ini adalah pokok akan mengeluarkan akar tunjang. Pokok yang ada akar tunjang ini dapat bertahan dari tumbang apabila dah besar. Pokok dari biji benih juga sesuai dijadikan pokok penanti.

Masalah daripada menanam pokok dari biji adalah:

1. Pokok tin yang tumbuh daripada biji tidak semestinya mengeluarkan buah yang sama macam induknya. Jika buah induknya yang tersedap dan termanis, buah hasil daripada anak biji mungkin masam, saiz buah berlainan, dan mungkin juga lebih manis daripada induk. Atau, mungkin tidak berbuah langsung. Bermaknanya kita dapat bermacam ciri yang kita tidak boleh kawal, iaitu kita mungkin dapat pokok tin liar untuk tujuan pendebungaan (capri fig), jenis 'san pedro' dan 'symrna' yang memerlukan sejenis serangga untuk pendebungaan, dan jenis 'self-pollinating' yang kita mahu.

2. Pokok tin daripada biji memerlukan masa yang agak lama sebelum ia dapat mengeluarkan buah, itu pun jika ia akan berbuah. Mungkin 2 hingga 5 tahun atau lebih.

Jadi untuk dapat makan buahnya dengan lebih awal, dan mendapat buah yang sama seperti induknya, kita tanamlah pokok dari keratan atau tut. Dari pengalaman menanam pokok tin, Mak Tam pilih menanam anak tut kerana peratus pokok hidup adalah tinggi.



Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin