Masalah Mengakarkan Keratan Pokok Tin

Keratan Beli Dari Ebay
Kalau ada sesiapa tanya Mak Tam sama ada patut beli keratan atau tidak untuk tanam pokok tin, Mak Tam nak kata kuat-kuat, "Toksah!". Kecuali harga keratan tu RM1 atau free. Pasal apa pulak tak bagi? Mari sini Mak Tam nak cerita sikit.

Untuk mengakarkan keratan pokok tin ini bukan sesuatu yang mudah. Mak Tam masa mula menceburi penanaman tin ini dulu telah diamaran oleh rakan-rakan yang terlebih awal main tin, dan dah 'terbakar jari' dan kocek. Tapi Mak Tam degil dan rasa macam pandai je. Mak Tam order dari beberapa sumber, dan yang terbanyak ialah dari Ebay. Wow. Hebat-hebat nama yang Mak Tam beli. Harga lebih murah daripada yang boleh dibeli dari dalam negara kita sendiri.

Selepas habis hampir RM2k, yang tumbuh hanya lebih kurang 8 batang sahaja. Padan muka Mak Tam. Kawan-kawan dah cakap dah. Tapi tak mahu dengar. Maka kerugian yang Mak Tam tanggung adalah harga anak pokok yang terlalu mahal iaitu RM2000 bahagi 8 keratan yang hidup dan jadi anak pokok. Anak pokok Mak Tam yang 8 ketoi tu berharga RM250 satu. Hancuss...

Rupa Keratan Yang Sampai
Perkara-perkara yang boleh berlaku bila kita beli keratan:

1. Tempohmasa dalam pos lama dan keratan sudah tidak segar dan setengahnya sampai dah boleh jadi kayu api - kering.

2. Nama yang eksotik membuat kita terpesona kerana memikirkan kita adalah orang yang pertama di Malaysia ada jenis ini. Rupanya, pokok tin yang sama mempunyai berlainan nama di Sepanyol, di Perancis, di Itali. Contohnya, tin bernama Negronne itu juga dikenali sebagai Bordeaux, Nagronne, atau Violette De Bordeaux.

3. Kadang-kadang bungkusan kena tahan dengan kastam, dan bila sampai kat kita, sudah penuh kulat dan keratan pun sudah reput.

4. Kita cuba bermacam cara untuk akarkan. Cara guna sphagnum moss, air magik, peatmoss, perlite, vermiculite, tanah merah, pasir, perangsang akar, mikoraiza dan macam-macam cara lagi. Akhirnya, kebanyakan orang akan kecundang. Hampa, keciwa, gagal.

Pada Mak Tam, tak payahlah susah-susah nak beli keratan. Serik dah dulu, kini dan bebila. Kalau nak bagi free Mak Tam ambil untuk cuba. Kalau suruh beli, tidak sama sekali.

Ok. Anak-anak. Jangan kata Mak Tam tak bagi warning. Simpan duit makan sate lagi baguih.

Keratan Yang Rosak

Update 6 Sep, 2014:

Nampaknya deras respon terhadap penulisan Mak Tam ni di fb. Jual beli adalah akad antara penjual dan pembeli. Kalau pembeli rasa puashati selepas membuat pembelian, rasanya 'no problem'.





Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin