![]() |
Anak Pokok Tin |
1. Teramat terpikat kepada impian untuk mengutip buah tin masak ranum daripada pokok sendiri dan memakannya. Memikirkan perkara itu saja dah rasa terliur dan termimpi-mimpi. Sedia membeli dua atau tiga anak pokok berharga dari RM100 keatas untuk ditanam didalam pasu.
2. Hendak menanam pelbagai jenis pokok tin dari yang jenis biasa didengar, seperti Green Jordan (GJ), Purple Jordan (PJ), Taiwan Golden (TGF), Masui Dauphine (MD) dan Brown Turkey. Sanggup melabur dalam seribu dua ringgit dengan harapan dapat makan buah dan kemudian meraih keuntungan dari jualan anak pokok samaada daripada dari keratan atau tut. Ini adalah pemain sederhana atau 'middle player'.
![]() |
Bardissot Blanca Rimada (Sumber dari internet) |
4. Ada juga yang melabur beratus ribu ringgit seperti Madam Yong dan Encik Poh dari Bercham, Ipoh. Target mereka adalah untuk menjual buah. Oleh yang demikian, mereka hanya menanam satu jenis sahaja iaitu Improved Brown Turkey. Buahnya diambil pada tahap 85% masak, dibasuh dan dipack dengan foam net, dan kemudian dalam bekas plastik transparent. Kemudian dimasukkan kedalam chiller. Harga sekilo buah dalam RM75-80. Lepas habis buah, batang dibiak melalui keratan. Juga untuk dijual, atau pun membuka satu lagi greenhouse tin.
![]() | |
Improved Brown Turkey |
Tengok saja rupa pokok yang sudah berbuah. Tertarik tak? Bertengkek buahnya dari bawah keatas. Lebat dan mengiorkan. Saiz buah bila masak selalunya membesar dengan cepat, dan menjadi hampir dua kali ganda. Kami masih ada anak pokok IBT. Kalau nak telepon Pak Tam 019-3322-947. Kami berhampiran Surau Al-Ikhwan di Desa Pinggiran Putra (diantara Alamanda dan PICC, Putrajaya).
![]() | ||
Improved Brown Turkey (Gambar Madam Yong) |
Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin