 |
Pokok Tin Putrajaya ke Bangkok |
Dua bulan yang lepas kami berempat telah menerima jemputan dari SRI-Rice, Cornell University, New York untuk menghadiri Bengkel SRI di Bangkok dari 1-3 November, 2014. Pada masa itu, Mak Tam mencari dari kalangan group tin seseorang yang ada menanam tin secara besar-besaran di Bangkok. Alhamdulillah, diketemukan dengan seorang wanita yang oleh berbahasa Inggeris dengan baik.
Sejak itu, bermulalah proses berkenalan antara kami. Sehingga pada satu ketika Mak Tam bertanya adakah dia Madam Busaba yang dikenali Dato Syed dari Malaysia. Sejak itu, Mak Tam terus menghubunginya melalui pm facebook untuk bertanya khabar dan samaada boleh menerima lawatan dari kami berempat pada 31 Oktober, 2014.
Setiba saja kami di Don Muang Airport, sebuah van pelancongan telah sedia menunggu. Perjalanan ke ladang tin agak jauh. Mengambil masa hampir 2 jam. Tapi bila hati sudah dilambai-lambai oleh pokok tin, dua jam itu rasa sekejap sahaja.
 |
Madam Busaba |
 |
Layanan Mesra Madam Busaba |
Sesampai kami di ladang tin tersebut, disambut mesra oleh Madam Busaba dan pengurus ladangnya, Encik Chai. Perbualan kami menjurus kepada pokok tin. Madam Busaba menyatakan bahawa sejak En Chai mengambilalih pengurusan ladang, mereka memilih untuk mengurus secara 100% organik. Ladang ini menanam hanya satu varieti tin secara menyeluruh iaitu BTM6. Adalah diberitahu bahawa BTM6 ini hasil kacukan diantara Varieti Brown Turkey dan Masui Dauphine dari Jepun. Penyelidikan ini adalah dibawah projek diRaja Thai. Madam Busaba menjual buah tinnya ke restoran disekeliling Bangkok. Dan itu pun tidak mencukupi kerana permintaan untuk buah tin adalah tinggi. Harga satu kilogram adalah Baht 350 iaitu dalam RM35. Harga buah segar yang dijual di Malaysia adalah diantara Rm75-80 sekilogram.
 |
Didalam struktur kalis hujan yang besar |
Struktur kalis hujan ini dibuat macam dome. Didalamnya berbaris lengkong konkrit dan permukaan tanah dilapik dengan plastik hitam jenis yang sering digunakan untuk kawal pertumbuhan rumput. Dibawah lengkong konkrit dibiarkan tanpa lapik supaya akar pokok tin boleh terus menjalar didalam tanah. Adalah didapati setiap culvert ada najis lembu. En Chai membuat penanaman cara organik dengan memasukkan cacing tanah kedalam culvert dan diberi najis lembu. Bahan penutup tanah (mulching) adalah sekam padi.
 |
Media tanaman |
|
En Chai memberitahu bahawa untuk mendapat buah yang besar dan manis, kena buat macam ini dan diberi air yang banyak. Mak Tam akan cuba dengan pokok yang ada dalam pasu. Manalah tahu, jika cacing boleh memainkan peranan membuat buah besar dan manis, adus.. satu kaedah yang sangat baik untuk kita semua. Kalau sesapa nak cuba, cerita kat Mak Tam hasil percubaannya, ya. Buah tin yang kita tanam akan menjadi buah tanpa sebarang kimia. Wow.. hebat gitu. Buah tin adalah salah satu buah yang disebut dalam hadith.
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin
Jika anda berminat untuk beli anak pokok tin, hubungi Pak Tam
019-3322-947 atau Mak Tam 019-380-1815. Jualan
cara ambil sendiri - 'cash & carry'. Belum ada khidmat hantaran
pos. - akan bersambung.