Tin Varieti BTM6 di Ladang Madam Busaba di Bangkok

Buah Tin BTM6 (Gambar: Madam Busaba)
 Semasa kami ke ladang Madam Busaba di Bangkok, pokok-pokoknya tidak berbuah kerana mereka dalam operasi pemindahan pokok ke struktur baru. Walau pun begitu, masih terdapat beberapa biji buah yang masih terlekat dipokok. Sudah tentu sahaja kami berpeluang merasa keenakan beberapa biji buah itu. Enak sekali. Bagi rakan kami Othman dan Zulkifli, ini adalah pertama kali mereka dapat merasa buah ini.

Buah Tin BTM6 (Gambar: Madam Busaba)
Madam Busaba hanya menanam varieti BTM6 dalam ladangnya. Ini adalah kerana beberapa ciri menarik seperti buahnya yang besar melebihi 80g sebiji, kulit buah warna kemerahan dan kekuningan, isinya berwarna oren madu kemerahan, dan mempunyai rasa yang manis dan unik, Buahnya boleh saja dimakan segar terus dari pokok, juga dimasak untuk dijadikan jem, dan sebagai perisa asli tambahan diatas pizza dan tart. Boleh juga dibuat minuman untuk bersantai dipetang hari.

Apakah pula khasiat memakan buah tin ini? Pautan ini memberikan dengan panjang lebar khasiat buah tin. Klik disini untuk membacanya khasiat buah tin.

Bukan buahnya saja berkhasiat, malah daunnya juga penuh dengan kebaikan untuk kesihatan:

DAUN TIN
 
Beberapa manfaat air rebusan daun Tin antara lain:

 
1. Mengawal tekanan darah tinggi & jantung.
2. Detoksifikasi (pengeluaran racun dari dalam tubuh).
3. Mengandung serat tinggi.
4. Mengurangi sesak nafas.
5. Mengawal kadar gula darah. 
6. Sebagai pelancar buang air.
7. Penahan sakit dan unsur perkumuhan air seni (diuretik).
8. Tidak mengandung garam, lemak, & kolestrol.
9. Mengandung kalium, serat, & zat besi tinggi.
10. Mencegah kanker usus besar.
11. Mengandung anti-oksidan.
12. Pengencer dahak.
13. Memperlambat proses penyerapan glukosa di usus kecil.
14. Membersihkan hati & limpa.
15. Mengatasi masalah berat badan yang tidak seimbang. 
16. Efektif menyembuhkan penyakit kanker (termasuk kanker payudara dan rahim).
17. Menyembuhkan cacar air dan gatal2.


Dibawah ini Mak Tam kongsikan gambar-gambar yang diberi oleh Madam Busaba. Gambar ini diambil pada musim lepas adalah dari struktur lamanya. Terima kasih banyak Madam Busaba.




Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin


Klik disini untuk baca mengenai IBT.