Sabtu Akhir Dibulan Januari, 2015

Sabtu Akhir Dibulan Januari, 2015

Rohana dan Rugbi Hubby, Ramli


Hari Sabtu yang penuh barokah dengan kunjungan rakan-rakan tin. Rohana dan suaminya, Ramli datang disebelah pagi. Apabila Pak Tam ternampak baju t-shirt belang merah hitam, dan terjeling kat logo dibajunya, Pak Tam terus tahu sukan kegemaran Ramli. Itulah apabila dua peminat ragbi saling bertemu. Ramli adalah bekas pemain Taiping Tigers dari Sekolah King Edwards. Pak Tam pula Perak Seven Runner-up bagi Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 10 tahun sebelumnya. Wah... lama punya cerita, tapi  semangat ragbi terus berkobar-kobar untuk kedua mereka. Kalau bagi Pak Tam buka cerita nostalgianya dengan ragbi, Mak Tam akur mendengar. Sayang sekali anak lelaki kami dua orang tidak berminat dengan ragbi.





Sembang dan Santai Hari Sabtu






Tak lama kemudian Tuan Haji Fuad dan Hjh Juwita tiba, diikuti oleh Zamri seisi keluarga.



Zamri dan Haj Fuad






Zamri singgah untuk cari pokok tin untuk ganti pokok-pokoknya yang sudah mati dilanda banjir dikampungnya di Trengganu. Zamri terus sahaja memilih anak pokok IBT yang bercabang dua dan lebat daunnya. Tuan Haji Fuad juga memilih anak pokok yang batang besar dan bercabang dua. Masing-masing ambil dua pokok seorang. Wah.. berebut untuk menanam pokok tin IBT. Semoga dapat cepat merasa buahnya. Aamiin.

Su dan anak bongsunya, Muslim





Muslim, anak bongsu Zamri dan Su tidak sihat and meragam. Kesian dia. Mak Tam berikan kepada Zamri sebotol madu kelulut bercampur propolis semoga dapat menjadi ubat. InsyaAllah.


Tuan Haji Fuad nak bela kelulut lepas ni.














Tuan Haji Fuad adalah dari Jalan Kebun, Klang. Sudah mengambil pencen lama dulu untuk menceburi bidang perniagaan. Hjh Juwita ingin melihat suamiinya Hj Fuad mencari aktiviti yang lebih 'slow-paced'. Selepas bersembang dengan Pak Tam dengan panjang lebar, Tuan Haji Fuad bercadang menternak kelulut. satu aktiviti yang sesuai bagi kami orang-orang pencen.

Tuan Haji Yunus dan Che Ani

Tuan Haji Yunus dan Che Ani adalah jiran kami di Desa Pinggiran Putra. Mereka menerima hadiah anak pokok tin semasa majlis Hari Raya tahun lepas. Pokok mereka sudah berbuah dan menunggu masak. Semoga beberapa minggu lagi mereka dapat merasa buah tin segar dari pokok sendiri. Aamiin.


Dari kiri: Che Ani, Rohana, Juwita, Su


 
Hjh Zaleha, Hj Khalid dan Muhamad 'Asim

Haji Khalid dan Hjh Zaleha datang bersama cucu ke-8 mereka Muhamad 'Asim. Rupanya tuan Haji Khalid adalah satu kelas di UPM dengan rakan kami Haji Asrore dari Sg Burong, Kuala Selangor. Kecil dunia ni.

Hj Azman, Ibunya dan Jefri

Tuan Haji Azman bawa bersama ibunya. Mak Tam harap anak-anak Mak Tam nanti pun akan bawak Mak Tam jalan-jalan macam ni. Seperti biasa, Haji Azman bawa roti yang dibuatnya sendiri. Itu roti bun yang dalam bekas plastik atas meja tu. Nyam nyam.. rotinya lembut, lemak dan sedap. Tambah pun dibubuh madu kelulut. Melele you..... Jefri dok tengok apa lah tu?

Grand Sifu of Fig Faezal, Hj Azman, dan Pak Tam



Yang ni kami punya Grand Guru of Fig, iaitu tuan Faezal. Batang pokok apa yang dipegangnya tu. Pak Tam pulak macam nak rebut. ish ish.. Tuan Haji Azman pulak happy jer kat belakang tu. Ini mesti ada konspirasi ni. mmm...

Bagi yang berminat nak beli IBT, pokok ada lagi tapi yang batang besar gedohok tinggal sikit sangat sebab yang datang awal, semua pilih yang batang besar. Tapi yang masih ada pun tidak kurang hebat. Anak pokok besar dan berdaun lebat. Ada yang dah nampak putik kat celah ketiak daun. Jangan susah hati yang nak datang esok. Mana yang dah tempah, dah letak kat lain.

Mak Tam jual kat rumah saja iaitu di Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya). Harga anak pokok IBT adalah RM150 satu. Kalau beli dua RM270. Mak Tam 019-380-1815 dan Pak Tam 019-3322-947). Jika nak datang boleh WAZE Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra. Rumah Mak tam nombor 55 jalan 3/1.