Cuti Hari Wilayah 2015

Cuti Hari Wilayah 2015


Yeni membawa balik dua pokok IBT untuk rumah barunya nanti. Sofiah dan Aishah pun datang.

 

 Pagi ini tadi Pak Tam & Mak Tam Pergi ziarah sahabat kat Bandar Kinrara. Tengahari balik kerana Yeni akan sampai pada tengahari. Yeni sampai bersama dua orang anak-anaknya, Sofiah dan Aisyah. Seronok berkongsi cerita dengan Yeni. Mak Tam doakan akan segera dapat berpindah ke rumah baru. Lihatlah rupa dua anak pokok IBT yang dibawa Yeni pulang. Masih ada beberapa pokok lagi yang lebih kurang besar ini. Jemput kerumah jika berhajat.



Kamisan sedang memberi taklimat mengenai pertukaran rotan kepada guna batang tin. Panjang lebar juga ulasannya tadi.
 Mak Tam sedang tengok TV dalam pukul 3 petang. Telepon berbunyi. Oh Fahmie yang panggil. "Mak Tam ada kat rumah? Ada madu kelulut?"
Mak Tam jawab, "Kat rumah. Madu ada."
"Sekarang juga kami sampai," jawabnya ringkas. Tak lama lepas tu mereka pun sampai. Seperti biasa, suasana jadi gamat dengan gelak ketawa mereka. Bertuah Mak Tam dapat anak-anak penakan yang selalu bertanya khabar dan menghiburkan. Sejuk hati... 

Fahmie sampai menjilat sudu (aik.. dia gigit sudu Mak Tam pulak!~).
Anak-anak penakan Mak Tam yang nakal datang nak bawak cadangan baru. Kalau rotan tak boleh guna untuk pukul anak, gantikan dengan batang tin. Ini Azizi Ismail punya idea. Ish ish.. macam-macam budak-budak nih. Apa pun Pak Tam & Mak Tam happy sesangat anak-anak mai sembang santai ngan kami. Terhibur dengan bermacam kerenah. Sesi soal & jawab pun ada. Dialognya gini:
Fahmie Formeniaga : Apa pantang larang nak makan madu kelulut, Mak Tam?
Mak Tam: Semasa kursus kelulut aritu, Ustaz Hassan kata kalau sakit dari tengkok keatas, minum satu sudu kecil madu tanpa air pada waktu pagi. Kalau sakit dari tengkok kebawah, minum satu sudu kecil madu dibancuh dalam air.
De La Paragonia Ficus: Kalau teringin nak bermadu pulak Mak Tam?
Mak Tam: Telan dengan botolnya sekali.
Dengan diikuti gelak ketawa mereka..
Gelak, gelak jugak. Kamisan Kamisan jangan lupa hantar quotation nak buat rain-shelter tu.


Fahmie kata, " Wei.. cepatlah Kamisan ooi. Aku pun nak jugak!"


 Terima kasihlah anak-anak sudi datang menjenguk Pak Tam dan Mak Tam. Lain kali mai lagi nooo....

Bagi yang berminat nak beli IBT, pokok ada lagi tapi yang batang besar gedohok tinggal sikit sangat sebab yang datang awal, semua pilih yang batang besar. Tapi yang masih ada pun tidak kurang hebat. Anak pokok besar dan berdaun lebat. Ada yang dah nampak putik kat celah ketiak daun. Jangan susah hati yang nak datang esok. Mana yang dah tempah, dah letak kat lain.

Mak Tam jual kat rumah saja iaitu di Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya). Harga anak pokok IBT adalah RM150 satu. Kalau beli dua RM270. Mak Tam 019-380-1815 dan Pak Tam 019-3322-947). Jika nak datang boleh WAZE Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra. Rumah Mak tam nombor 55 jalan 3/1.