Pokok Tin Putrajaya: Kursus Pokok Tin untuk Newbies di Seremban
Kebanyakan pokok tin yang ada dinegara kita sekarang ini ini adalah pokok yang diimport dari Thailand, Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat, Eropah dan China. Penanaman dan penjagaannya mempunyai keunikan yang mana kita perlu mengikut resamnya yang berasal dari negara Mediterranean. Ini terserlah apabila ramai para hobbyist yang menanam anak pokok tin mendapat cabaran dan tamparan yang hebat apabila anak pokok mereka mati terkulai layu. Atas permintaan ramai ini maka Admin-admin grup fb "Tin Oh Tin" (TOT) menganjurkan kursus sehari untuk ahli-ahli yang memerlukan bimbingan bagi menjayakan penanaman anak pokok tin mereka.

Pada dasarnya, kursus sehari ini merangkumi beberapa topik teori dan praktikal. Sebelah paginya dijalankan sesi teori dengan memberi jenis-jenis tin yang sesuai ditanam, jenis perosak, pembajaan, pengairan, dan cara-cara pembiakan. Sebelah petangnya akan diadakan demo cara membuat campuran tanah yang betul, cara membuat tut, cara mengakarkan keratan. Aktiviti tambahan adalah teknik unik memakan buah tin segar, aktiviti jualbeli anak pokok dan bekalan keperluan untuk mengetut, membaja dan mencegah perosak. Peserta akan menerima sijil penyertaan dan sebiji Mug TOT yang cantik dan eksklusif. Mug ini tidak dijual. Hanya peserta kursus TOT sahaja akan ada mug TOT ini.
Bagi yang berminat untuk menyertai, sila jadi ahli grup fb "Tin Oh Tin" klik disini
https://www.facebook.com/groups/Tin.Oh.Tin /. Kemudian hubungi:
Mak Tam - 019-380-1815
dan wassapp atau sms butir2 ini:
1. Nama Fb:
2. Nama Penuh:
3. No. telepon
4. Tarikh & Tempat: 6.6.15 (Seremban)
Pihak TOT telah mengadakan 3 sesi kursus ini berhampiran Putajaya. Dibawah ini dipaparkan gambar-gambar semasa kursus dijalankan, serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
 |
Gambar Peserta Kursus Pokok Tin yang ke-3 |
 |
Kelas Teori dan perbincangan. |
 |
Tuan Malik Yusof memberi demo cara membuat tut |
 |
Tuan Sahar dari Seremban memberi kaedah membuat campuran tanah |
 |
Pak Tam memberi cara mengakarkan keratan batang tin |
|
 |
Hidangan buah tin segar dari varieti Improved Brown Turkey (IBT) |
 |
Acara memakan buah tin segar |
 |
Tuan Haji Musa Yaacob Menyampaikan Sijil Penyertaan dan Mug TOT |
|
 |
Tuan Malik Yusof manyampaikan Sijil Penyertaan dan Mug TOT |
 |
Aktiviti jualbeli buah tin, teh daun tin, kerepek tin, tin kering. |
|
 |
Tawaran harga buah tin |
 |
Penjualan anak benih tin oleh ahli TOT |
 |
Peserta gembira dapat bawa balik buah tin, anak tin dan kerepek tin |
 |
Ahli TOT membuat networking dikalangan ahli TOT supaya dapat membangun bersama dalam perusahaan tin. |
|