![]() |
Buah Tin IBT Improved Brown Turkey |
Sejak Mak Tam bertanam pokok buah tin awal tahun 2014, banyak mendengar bagaimana buah tin dan daun tin mengubati beberapa jenis penyakit. Kalau kita buat carian Google, akan dapat banyak maklumat kesan perubatan pokok ini. Tapi yang lebih bagus kalau kita dapat dengar sendiri daripada orang-orang yang melaluinya sendiri.
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda : ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Mak Tam tertanya-tanya mengapa Madam Yong mengambil keputusan untuk menanam pokok buah tin secara komersil pada hal pokok ini adalah asing bagi negara kita. Jadi pada satu petang, semasa berada dikebunnya Mak Tam terus sahaja bertanya.
Beginilah lebihkurang penerangannya. Dalam 10 tahun yang lalu, suaminya Encik Poh mengidapi penyakit asma dan resdung yang teruk. Sentiasa saja terpaksa mengguna alat inhaler. Beliau berjumpa dengan seorang tabib Cina yang menyuruhnya memakan buah tin segar setiap hari.
Madam Yong |
Encik Poh |
Madam Yong pun terus tanam di laman tepi rumah mereka dan dijaga dengan baik. Dari satu pokok ini mereka biakkan lebih banyak lagi sehingga dibuang semua pokok-pokok lain dilaman rumah. Encik Poh dapat memakan buah tin segar setiap hari. Dalam masa 6 bulan, sakit asma dan resdungnya hilang hinggalah kehari ini.
Dari situ mereka bertekad untuk menanam pokok buah tin secara komersil. Dibeli mereka dua lot banglo dan dibina sebuah greenhouse yang besar yang boleh memuatkan 500 pokok. Semua anak pokok yang digunakan adalah daripada satu anak pokok hasil pemberian seorang rakan.
Pokok buah tin juga banyak ditanam di negara China. Orang Cina memanggil pokok ini dengan gelaran 'Moh Fah Kho' 无花果 yang bermakna 'tidak ada bunga punya pokok' kata Encik Lai dan Chilvan dari Puchong.
Kalau kita nak beli buah segar tin, memang harganya mahal. Dalam RM80 sekilo. Oleh itu pilihan yang paling baik adalah tanam sendiri di laman rumah. Jika dijaga dengan baik, memang akan berbuah banyak jika ditanam dalam lima ke tujuh pokok. Mak Tam jual pokok buah tin jenis IBT ini. Memang Mak Tam ambil pun bekalan dari Madam Yong.
Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin
(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)