Pokok Buah Tin Untuk Ayah & Ibu Tercinta



Buah Tin Improved Brown Turkey Yang Enak Sekali
 Mak Tam sering menerima kunjungan daripada anak-anak muda, sama ada masih bujang atau sudah mendirikan rumah tangga. Selalunya petang hari Jumaat. Masing-masing nampak teruja dan bertanya cara-cara menanam dan menjaga pokok. Mereka pula kata nak bawa ke Kelantan, Trengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Johor, Melaka. Boleh kata ke seluruh pelosok negara.

Mak Tam tanya, "Nak tanam kat mana?" Sambil tersenyum mereka menyatakan bahawa mereka ingin membawa pokok balik kampung. Ada yang nak hadiahkan kepada ibu dan bapa. Ada yang belikan untuk ibu dan bapa mertua. Ada juga yang belikan untuk nenek. Tersentuh hati Mak Tam. Mulia sungguh hati anak-anak muda ini. Mujurlah rumah Mak Tam ini ditepi Putrajaya. jadi bagi mereka yang bekerja di Putrajaya, Shah Alam, Klang mudah saja singgah, beli pokok dan terus bawa balik.

Ramai juga yang berkerja dinegeri-negeri datang ke Putrajaya untuk mesyuarat atau berkursus, singgah untuk bawa balik anak pokok tin.

Anak Pokok Yang Sihat
 Ada juga yang membawa balik anak pokok tin kerana pesanan kakak, abang, bapa dan emak saudara, rakan baik. Ramai juga dikalangan anak muda ini ingin memiliki pokok tin untuk ditanam sendiri dirumah mereka.
 
Buah Tin Yang Masak Di Pokok
Oleh kerana banyak permintaan untuk anak pokok buah tin cultivar Improved Brown Turkey(IBT), Mak Tam stokkan kat rumah dua macam anak pokok. Satu adalah anak pokok dalam polibeg seperti gambar dibawah. Harganya adalah RM140 untuk satu, dan jika beli dua harganya adalah RM250. Buah tu tak termasuk. Itu untuk tunjukkan rupa buah IBT sahaja. :D

Satu lagi adalah anak pokok buah tin IBT yang telah siap ditanam kedalam pasu plastik sederhana besar. Pokok yang belum bermata ketam dijual dengan harga RM200 (termasuk baja Gopi 1 kg percuma). Ramai dari kalangan mereka yang tinggal di flat atau yang susah untuk mengubah anak pokok ke dalam pasu, memilih jenis ini. Tidak payah bersusah payah cari pasu, cari tanah, cari baja. Beli dan bawak balik. Letak ditempat yang dapat cahaya matahari. Dalam masa 2 bulan akan terus berputik, dan 100 hari kemudian dapat makan buahnya yang enak sekali.

Anak Pokok IBT Dalam Polibeg - RM140
Anak Pokok IBT Dalam Pasu Plastik - RM200


Kalau kita nak beli buah segar tin, memang harganya mahal. Dalam RM80 sekilo. Oleh itu pilihan yang paling baik adalah tanam sendiri di laman rumah. Jika dijaga dengan baik, memang akan berbuah banyak jika ditanam dalam lima ke tujuh pokok. Mak Tam jual pokok buah tin jenis IBT ini. Mari datang beli segera kerana Mak Tam baru ambil stok baru. Pokok sihat-sihat dan cepat membesar. Tengok saja dalam gambar dibawah ni.

Mak Tam Senyum Lebar Pasal Pokok Sihat dan Cantik Sekali


Berhampiran Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya)
2°54'28.8"N 101°42'25.7"E
2.908003, 101.707137.


(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)

Semua gambar di atas kecuali yang gambar Mak Tam dan Pak Tam diambil oleh seorang photographer hebat bernama Wan Hazmir. FB nya adalah Hazmir Hasan. He is awesome!