Ringgit Jatuh 2015 - Mengapa Mak Tam Pening



Sejak dua tiga bulan ini, Mak Tam baca kat internet pasal duit ringgit jatuh. Selalunya Mak Tam tak kisah sangat. Apabila anak bongsu Mak Tam dapat pinjaman MARA untuk belajar perakaunan di UK, mulalah Mak Tam mencari maklumat mengenai pertukaran wang.

Mak Tam dok ikut dari bulan Julai 2015. Apabila masuk bulan Ogos, dengan penurunan nilai ringgit semakin laju, mula berdebar hati. Pinjaman masih belum didapati kerana kena siapkan pelbagai syarat seperti pemeriksaan medikal, urusan visa, tawaran dari pihak universiti dan lain-lain.

Jadi Mak Tam pun keluarkan simpanan wang pencen dari akaun Mak Tam dan juga Pak Tam. Pergilah ke pengurup wang di IOI City Mall, Putrajaya. Bila diminta untuk tukar ringgit kepada British pound, petugas dibelakang kaunter kata pound tiada. Mak Tam tukar juga sedikit wang Euro sebagai 'spare'.

Semasa di Kuching minggu lepas, Najwa ceritakan bahawa sangat susah dia nak dapat pound. Dia telah beli tiket untuk bercuti dua minggu ke Eropah. Juga akan pergi melawat kawan di Newcastle. Dapat tukar hanya 40 pound sahaja. Itu pun jenuh memujuk pengurup wang.

Balik ke rumah, anak Mak Tam kata kawan-kawannya di Kuala Lumpur menghadapi masalah nak tukar ringgit kepada pound. Heran juga Mak Tam. Oleh itu Mak Tam pun macam biasa post kat wall fb meminta tolong kawan-kawan. Alhamdulillah, rakan dan taulan Mak Tam ramai memberi cadangan. Boleh baca kat bawah ni cadangan-cadangan mereka. Ada yang lucu juga. Maklumlah, kawan-kawan... Apa pun Mak Tam sangat berterima kasih kepada yang sudi berkongsi pendapat.  :D






Wah panjangnya. Ok nanti sambung celoteh lagi.