Cara Membuat Pokok Tin Terus Berbuah

Pokok Tin Sudah Nak Habis Berbuah
Ramai kawan-kawan sudah tanam pokok tin dan telah dapat merasa buah tin segar dari pokok sendiri. Selalunya batang pokok akan jadi panjang dan tegak macam dalam gambar di atas.

"Mak Tam... Pasal apa pokok saya berbuah sekali tu, lepas tu tak berbuah dah?", ini soalan yang selalu ditanya.

Mak Tam nak kongsi cara yang dibuat oleh sahabat Mak Tam iaitu Encik Malik Yusof dari Ipoh. Encik Malik ni tanam pokok tinnya ditepi dinding rumah saja. Tapi pokoknya bukan main punya gebuss mebuss.. Cantik dan sihat bebenor kata orang Perak. Cer tengok kat bawah ni. Gambar-gambar dibawah semua Encik Malik punya.

Pokok Encik Malik Yusof dari Ipoh
Mesti kawan-kawan nak tahu rahsianya, kan? Ayoh terus membaca celoteh Mak Tam ni. Tak payah cari pensil dan kertas. Bila nak buat, buka saja smartphone tu, dan ikut cara-cara seperti dibawah.

1.  Kita kerat batang pokok tin yang dah tua macam dalam gambar di bawah. Tinggalkan dalam 40 cm panjang batang. Keratan jangan dibuang pula. Semai keratan tu. Nak akarkan keratan ni kena belajar di lain masa. Atau kita buat tut sampai paras 40 cm dari tanah. Cara buat tut boleh baca kat sini Cara Mudah Mengetut Pokok Tin.

Potong Batang Jadi Macam Ini - 5 Oktober, 2015
 Kita kerat dan imbangkan cabang macam ini supaya tunas-tunas baru akan ada ruang pertumbuhan yang cukup untuk membesar. Dan sementara itu, rejim penjagaan, pembajaan dan kawalan perosak perlu dibuat sebaiknya.

2.  Pembajaan perlu dibuat dengan baik untuk menjaga pokok jadi sihat. Lihat rupa dua batang tadi selepas 2 bulan. Perlu diambil perhatian iaitu buah akan hanya keluar pada dahan baru. Jadi tunas-tunas baru inilah yang akan mengeluarkan buah baru. Jika tidak dipotong, susah nak dapat buah yang konsisten banyak.

Rupa Pokok Pada 9 Disember, 2015

3. Tiga minggu kemudian, buah-buah mula keluar pada tunas baru. Adui.. masa ini kerja kita mengintai saja lah.

Pokok Pada 26 Disember, 2015
Bila dapat pokok macam ini, memang seronok. Jagalah elok-elok dengan siraman air dan baja yang betul. Jaga supaya batang tunas terus memanjang dan pada setiap ketiak daun ada buah. Seronok kan? Akhirnya dapat pokok gebuss mebuss macam gambar kat atas sekali, berjujus buah. Hah.. puas hati. :D

Gambar buah masak pula kena ada juga. Ini pokok tin Rossa. Buah sedap mengiurkan. Kalau tak percaya, mai tengok kat sini.


Buah Tin Rossa Yang Sudah Masak - Nyam nyam
Jadi jangan takut nak kerat pokok sampai 40 cm dari tanah. InsyaAllah dengan penjagaan yang rapi, huisy.. lagi banyak buah pada kali kedua. Kalau pokok kita dah habis berbuah, jom kita buat macam yang Encik Malik buat. Kalau nak menuntut ilmu dengan dia, telepon 0195080909. Kalau pagi-pagi Encik Malik sibuk menjaga pokoknya. Jadi kalau telepon tidak berjawab, tinggalkan mesej. Encik Malik dan isterinya Mek Asiah sangat peramah dan tak lokek ilmu. Mereka juga menjual pokok tin di rumah mereka di Ipoh. Ater, orang Perak senang ler. Pukui telepon jer. He he he.

Kalau ada problem lagi, sila pos kat fb grup Tin Oh Tin (TOT). Jom kita belajar sama-sama. Kalau belum jadi ahli TOT, jom jadi ahli. Ahli dah 10,636 orang dah. Jom jadi ahli...


Ini lagu khas untuk buah tin Rossa yang hitam manis pandang tak jemu. Layan...




Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin




(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)

E-mail: noorazimah@gmail.com