Bagi kawan-kawan yang dah buat tut, dan tut sudah berakar, yang paling baik adalah bila akar tut itu masih putih gebu. Tapi ada masanya kita terlepas pandang. Akar dah jadi coklat. Kalau kita tanam terus dalam polibeg, kadang-kadang dia mati. Tangkap nangis kang. Jadi untuk pujuk tut suruh dia keluarkan akar baru yang gebuss, kita buat cara rebunjut. Jom kita buat langkah demi langkah.
1. Elok disediakan tanah campuran dulu. Media adalah campuran 4 bahagian topsoil + 4 pasir (atau tanah bakar warna merah. BUKAN yang warna hitam.) + 2 bahagian kompos hampas kelapa sawit. Gaulkan sebati. Bila dipegang agak peroi. (Mula-mula Pak Tam guna peatmoss, tapi rasa lebih baik buat dengan tanah kerana nanti nak tanam dalam tanah juga).
2. Cara nak test kelembapan adalah dengan cara gennggam. Ambil media campuran itu, genggam kuat-kuat, lepas tu buka genggam. Media yang mengikut bentuk genggaman, dan kemudian apabila dikuis ia lerai balik, bermakna kelembapan itu dah ok. Jika kita buka genggaman, media lerai, bermakna tak cukup kelembapan. Sembur air sikit dan gaul dan test balik. Jika genggam, terus jadi seketul, terlalu basah. Campur media kering sikit.
3. Ambil tut dan periksa akar. Kalau yang macam dalam gambar di bawah, akar sudah tua. Ini Mak Tam terlambat ambil dari pokok.
4. Potong bawah batang tut serapat yang boleh kepada pengikat. Buangkan pengikat. Gunting plastik sebelah bawah dengan cermat
5. Rendamkan selama 2 minit dalam campuran B1 yang sangat cair.
6. Isikan media rebunjut kedalam satu pertiga plastik 12cm x 20cm (5 inci x 8 inci).
7. Letakkan plastik tadi menegak macam gambar di bawah.
8. Selepas 2 minit, angkat tut yang direndam tadi dan buka plastik yang membalut dengan cermat. Jangan sampai terburai media tut tu.
9. Celupkan dalam campuran B1 tadi sekejap dan angkat balik.
![]() |
11. Isi media campuran tadi hingga tutup akar tut.
12. Adjust elok-elok supaya ruang disekeling tut diisi sederhana padat.
13. Tekan media disekeliling plastik dengan cermat. Jangan tekan kawasan akar tut takut terputus akar.
14. Bunjut dengan kemas.
17. Jika semua berjalan dengan lancar, akar putih melepak akan nampak. Bolehlah jerit-jerit, lompat-lompat, tangkap gambar, tunjuk kat kawan-kawan, pos kat fb grup Tin Oh Tin (TOT). Kalau belum jadi ahli TOT, jom jadi ahli. Ahli dah 10,679 orang dah. Jom jadi ahli...
Pak Tam bawa turun banyak tut dan direbunjut tiap hari. Sesapa nak beli, mari ke rumah. Harga mula sama macam umur Mak Tam jer. He he. Teka umur Mak Tam dulu. :D
Varieti yang ada pagi tadi. Ada yang dah dijual. (Baru di update pukul 11:27 mlm)
Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin
(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)
E-mail: noorazimah@gmail.com
2 comments
Write commentsAssalam..maktam..lepas akar putih dah keluar kat rebunjut tu mcm mana pula penjagaannya perlu hati2 juga ke utk tempoh tertentu kalau kita terus repot bunjut tu?
ReplyWslm. Maaf lambat jawab. Untuk menjaga keselamatan anak pokok, buka plastik pelan2 dan tanam ke dalam polibeg. Media hanya lembab. Serkup dalam 1-2 minggu jika perlu.
Reply