Corio Provence Pokok Tin Dari Selatan Perancis

Buah Corio Provence (Gambar Ustaz Wan Kuala Selangor)
Masa Mak Tam mula menceburi penanaman pokok tin ini, terlalu banyak duit lebur. Lebur kerana terlalu berani main keratan. Boleh baca kat sini Masalah Mengakarkan Keratan Pokok Tin. Dalam keghairahan ingin mendapat varieti yang paling unik, yang orang lain tidak ada, dan ego, Mak Tam menghabiskan hampir RM2000. Bila direnung kembali, padan muka Mak Tam.

Jika kawan-kawan membaca penulisan yang linknya Mak Tam berikan diatas, hanya 8 keratan dari Selatan Peranchis yang dapat dihidupkan. Mungkin kerana penjual menghantar keratan yang baru diambil, dan tidak kena tahan pihak berkuasa. Juga kerana rezeki.

Penjual memberi nama Corio Provence kerana ia datang dari kebun datoknya di Provence, Perancis. Ustaz Wan melayari Google dan kata mungkin juga namanya Blue Provence kerana buahnya sama rupa. Linknya disini Blue Provence.

Blue Provence (Gambar dari internet Blue Provence)
Walaubagaimana pun, kelapan keratan itu disemai dan Alhamdulillah semuanya hidup. Satu Mak Tam hadiahkan kepada Ustaz Wan. Ustaz Wan ini istiqomah mengikuti pertumbuhan pokok. Juga pandai menangkap gambar. Mak Tam minta izin guna empat gambarnya yang ada watermark GeneticneoFicusCarica. Terima kasih Wan.

Pasal rasa buahnya, Ustaz Wan kata macam ni. Mak Tam tak dapat merasa buahnya kerana tupai dan burong dapat dulu.



Buah Corio Provence

Buah Corio Provence

Bentuk Daun Corio Provence
Corio Provence Berbuah Banyak - Gambar Ustaz Wan Diambil Waktu Malam

Buah Yang Sedang Nak Masak (Gambar Ustaz Wan Kuala Selangor)

Buah Corio Provence Yang Sudah Hampir Masak (Gambar Ustaz Wan Kuala Selangor)
Petang tadi ada Mak Tam kutip tutnya untuk Pak Tam rebunjut. Dapat dalam tujuh batang tut. So sesiapa teringin nak, jemput mari ke rumah.


Jika mencari tut rebunjut pokok tin (dari RM60) atau anak pokok (dari RM120), jemputlah ke rumah Mak Tam. Call atau wassap dulu yer. Kadang-kadang kami balik kampong.

Tempat: Berhampiran Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya)
2°54'28.7"N 101°42'25.5"E
2.907960, 101.707093.


(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)

E-mail: noorazimah@gmail.com