Frankfurt, Germany: Lepak

Membuat Laporan Kekaunter Lufthansa Untuk Mendapat Penerbangan Baru ke Hamburg


Setelah melihat kaunter check-in sudah tutup, kami mencari orang yang boleh bantu. Seorang staf Lufthansa menunjukkan arah ke service center mereka. Pak Tam membawa boarding pass dan passport. Penerbangan ke Hamburg seterusnya adalah dua jam lagi.

Lufthansa Service Centre



Kami mencari check-in kaunter untuk teruskan perjalanan. Macam-macam dijumpai sebelum sampai ke gate baru. Terubatlah hati walaupun terpaksa menunggu 2 jam lagi. Ini bermakna kehilangan 2 jam masa di Hamburg.

Anak Mak Tam nombor dua, Nadz bersama kami dalam penerbangan dari KLIA. Dia rajin tangkap gambar yang menarik. Bagus juga kerana peluang berkembara begini mungkin sekali sahaja. Yang tinggal nanti hanyalah kenangan dan gambar-gambar.

Gambar adalah dokumen titik masa. Gambar yang sama tidak akan dapat diperolehi sampai bila-bila. Kalau dulu Mak Tam tak suka tangkap gambar kerana ingin mengabadikan saat didalam hati sanubari. Sayangnya ia tidak dapat dikongsi. Dan semakin dimamah usia, ingatan makin pudar. Saat berlalu tanpa kenangan.  Kerana itulah Mak Tam sekarang senantiasa bertemankan kamera.


Seorang Penumpang Solat

Kedai Roti di Airport Frankfurt

Membakar Roti

Petugas Airport Guna Basikal

Para Penumpang

Pelajar Sekolah Menengah Menunggu Penerbangan

Pak Tam Mengisi Masa Dengan Membaca

Ruang Legar