Frankfurt, Germany: Tertinggal Penerbangan



Tiba di Frankfurt, Germany kena menaiki bas khas ke airportnya. Suhu sudah 12 degree centigrade. Nak kata sejuk sangat pun tidak. Ok saja. Tapi hati tak sedap sebab hanya ada satu jam untuk penerbangan seterusnya ke Hamburg. Didalam hati tertanya-tanya sama ada sempat atau tidak.


Didalam bas pun agak selesa kerana ada heater jadi suhu ok. Tengok tu Pak Tam senyum kambing sambil memegang beg sandang. Beg sandang itu kawan anak punya. Diamanahkan oleh ibunya untuk diberikan kepada anaknya Anis yang tinggal serumah dengan anak kami Nawa.


Sebaik turun bas, kami kelam-kabut hampir berlari untuk ke pintu untuk penerbangan ke Hamburg. Tetapi oleh kerana kami baru sampai ke Germany, terpaksa melalui imigresen. Adus.. Ramai sekali orang dihadapan kami. Mak Tam tunjukkan boarding pass untuk ke Hamburg, maka diberi laluan express.


Malang sekali sesampai di pintu yang dimaksudkan, kaunter sudah tutup. Kapal terbang ke Hamburg sudah berjalan ke landasan untuk terbang. Bye, bye...hu hu hu.