Kisah Lepot: Langkah Kesakitan

Lepot

Suatu pagi dalam 3 minggu yang lalu Mak Tam ternampak macam ada kucing berwarna putih kelabu diceruk dinding luar tingkap bilik tidor. Kucing ni datang dari mana pulak, benak bertanya. Kemudian dia merangkak-rangkak keluar dari ceruk itu. Adus.. kesiannya, dia berjalan dengan kaki depan saja sementara kedua kaki belakang diseretnya.

Tasnim keluar membawa biskut makanan kucing dan air. Diletaknya berhampiran dengan kucing tadi. Pada masa itulah Tasnim menceritakan pasal kucing ini.

Pada malam yang gelap dan sepi, Tasnim berjalan balik dari Surau Al-Ikhwan selepas menunaikan solat Isya. Suara ngiaw ngiaw ditepi parit menarik perhatiannya. Dilihatnya seekor kucing yang mengiaw tetapi tidak bergerak walau pun dihampiri.

Tasnim angkat kucing itu dan dapati kaki belakangnya tidak boleh bergerak. Oleh kerana kasihan, Tasnim bawa kucing itu balik kerumah dan diletaknya dibawah garaj. Esoknya, kucing itu sudah tidak kelihatan lagi. Agaknya sudah balik kerumahnya, fikir Tasnim. Tapi kemudian terdengar ngiawnya. Itu yang Tasnim bawakan air dan makanan.

Dua tiga hari juga kucing ini menyeret kaki belakangnya untuk bergerak. Mak Tam terus telepon kawan bernama Zie dan dia sarankan bawa kepada Pets4me vet care kerana buka hingga 9 malam. Dan doktor juga ada disebelah malam.

Tasnim dan Mak Tam bawa dua ekor kucing. Seekor lagi yang mata sebelah bengkak. Masa nak daftar, Dr Hanim tanya, "Yang ini nama apa, Mak Tam?".

Mak Tam tengok muka Tasnim dan jawab, "Entah. Bagi nama Si Kecik sebab dia kecik lagi".

"Yang ini?" tanyanya lagi.

Sekali lagi Mak Tam tengok muka Tasnim dan dia cuma senyum. "Bagi nama Lepot ler", kata Mak Tam. Pak Tam kata orang Kedah gelar orang yang berjalan tarik kaki sebab sakit atau cacat itu sebagai lepot. Maka lekatlah nama Lepot padanya. Bagitulah Al-kisah Lepot mendapat namanya.

Alhamdulillah, hari demi hari kakinya makin sembuh. Sekarang dah boleh berjalan. Tapi berlari tak boleh. Lompat tinggi tak boleh. Berjalan cengkui sikit. Sayang Lepot...

Sekarang ini yang merisaukan adalah kemungkinan besar Lepot bertuan. Mungkin namanya Brad Pitt, atau Shah Rukh Khan. Kalaulah tuannya datang claim balik, nangislah kami satu rumah. So kalau tuan Lepot baca posting Mak Tam ini, berilah kami peluang memiliki Lepot. Janganlah claim balik yer.. hu hu hu..

Buat Muka Sempoi Bila Kena Marah Sebab Duduk Atas Semai Cili Pak Tam

Bila Tak Dibagi Masuk Rumah Dia Jadi Jaga Kat Pintu

Hj Jamil Kata Pasal Kamu Cacat Ramai Orang Sayang

Bila Ada Tetamu Adalah Lepot Menyibuk

Abang Tasnim Tidor Lepot Pun Tumpang Sekaki

Kat Mana Tasnim Berada Lepot Akan Gesel

Last-last Melepot Atas Riba

Tengah Sembang Dengan Pak Tam Bila Petang
Hari Ini Lepot Ditugaskan Jaga Pokok Rambutan

Teramat Letih Kerja Overtime

Jika mencari tut rebunjut pokok tin (dari RM60) atau anak pokok (dari RM120), jemputlah ke rumah Mak Tam. Call atau wassap dulu yer. Kadang-kadang kami balik kampong.

Tempat: Berhampiran Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya)
2°54'28.7"N 101°42'25.5"E
2.907960, 101.707093.


(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)

E-mail: noorazimah@gmail.com