Kompleks Kota Raya: Jangan Kena Aniaya Beli Hanfon


Rakan-rakan semua, berhati-hatilah jika ingin membeli hanfon di Kompleks Kota Raya. Cerita macam ini bukan sekali dua. Sudah dengar dan baca beberapa kali dan kali ini baru dapat tahu bahawa ia sebenarnya berlaku.

Mak Tam sendiri pun rasanya terkena. Mak Tam nak beli hanfon Lenovo baru. Bila sudah bayar penuh, dia datang kata kalau tak ambil kotak original dia pulangkan R100. Suka bukan mainlah Mak Tam kerana harga hanfon tu RM1100. Sudah tinggal RM1000 saja.

Bila balik rumah Mak Tam perhatikan, ada calar-calar halus kat belakang hanfon. Tapi Mak Tam ingat kut Mak Tam saja ternampak-nampak. Jadi Mak Tam diamkan saja sebab anak Mak Tam dah pesan jangan beli tanpa dia bersama. Mak Tam yakin sekarang hanfon itu ditukarkan dari yang baru kepada yang dah terpakai. Padan muka Mak Tam sebab memandai nak beli sendiri. Kejadian berlaku di The Mines.

Oleh itu sebarkan kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Berhati-hatilah. Carilah dari kalangan peniaga yang jujur. Tapi mereka yang menjual di tempat-tempat terkenal dengan jualan hanfon rasa susah nak dipercayai lagi. Baik beli saja yang secondhand. Puas hati.