Pak Tam dan Mak Tam: Pasangan Pesara Ditepi Putrajaya

Mak Tam dan Pak Tam
Pak Tam dan Mak Tam ni selalu dapat panggilan telepon untuk datang melawat ladang tin kami. Maka terpaksalah memberitahu bahawa kami tidak ada ladang tin. Kami hanya menanam tin sebagai hobi dan dalam masa yang sama menternak kelulut dikeliling rumah. Untung jual pokok tin kami beli sarang kelulut. Kelulut bagi madu yang sangat sedap dan penuh dengan khasiat. Jadi adalah madu kelulut untuk dijual, tetapi secara kecil-kecilan dijual dari rumah sahaja.

Oleh kerana kami berdua ni mempunyai perkhidmatan yang lama bekerja dalam jabatan pertanian, banyaklah pengalaman kami dalam beberapa jenis tanaman makanan. Untuk mengisi masa lapang, Pak Tam menubuhkan sebuah syarikat yang membekal barang pertanian organik dan juga perkhidmatan latihan. Memang terhibur kerana segala aktiviti kami ini memberi berpeluang bertemu dan berkenalan dengan ramai rakan lama dan baru, serta orang veteran dan yang muda. Kami berkongsi ilmu. Kadang-kadang kami memberi, banyak kali kami belajar dari rakan-rakan yang datang berkunjung.

Pada akhir bulan Oktober dan November, 2015 baru ini kami pergi menjengok anakanda Kamal di Hamburg, Germany dan anakanda Nawa di Birmingham, England. Jadi banyak gambar yang hendak dikongsikan. Inilah kali pertama dapat bersama semua anak-anak. Satu pengalaman yang sungguh indah. Alhamdulillah diizinkanNya.



Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin




(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)

E-mail: noorazimah@gmail.com