![]() | |||||
Madam Young Yong Mengumumkan Pertukaran Nama IBT Kepada IBG |
Beberapa minit sebelum maghrib tadi, Mak Tam tengok Madam Young Yong pos tentang nama IBT (Improved Brown Turkey) ditukar kepada IBG (Ipoh Blue Giant). Apa pun nama pokok tin dari ladang Madam Yong ini, Mak Tam hanya nak kongsikan kebaikan pokok ini.
Kalau boleh ingat, Mak Tam pernah tulis mengenai bagaimana Madam Yong dan suaminya Mr Poh memulakan penanaman pokok tin. Baca di sini Pokok Buah Tin Sumber Ubat Kepada Penyakit.
Mak Tam selalu berulang-alik dari Putrajaya-Kedah-Putrajaya. Tempat yang sering disinggahi adalah ladang Madam Yong. Selain daripada mengambil stok anak pokok tin yang baru, Mak Tam dan Pak Tam suka bersembang dengan pasangan ini. Banyak ilmu yang dikongsikan dari cara membuat semaian keratan, media yang digunakan, cara menanam, membaja, mengapor, menjaga kualiti buah dan macam-macam lagi.
Kali terakhir kami disana adalah malam Selasa baru ini. Kali ini kami dihidang dengan dua biji buah tin yang besar dari selalu. Pak Tam pegang atas tapak tangannya. Wah.. penuh tapak tangan. Ada dua biji yang saiz besar ini. sayang sekali tidak bawa penimbang mini. Tapi boleh tengok gambarnya disini.
![]() | |
Buah IBG Yang Besar Saiznya |
![]() |
IBG Buah Besar Muat Dua Biji Sahaja |
![]() |
Tiga biji Satu Pek Plastik |
![]() | |
76g satu biji |
![]() |
Berbuah Setiap Ketiak Daun |
Selalu Mak Tam teruja tengok buah dia. Pasal itu Mak Tam yakin jual pokok ini kepada rakan-rakan yang ingin bertanam khusus untuk makan buah tin bersama keluarga. Mak Tam juga ada menulis tentang perkara ini. Baca disini Mengapa Hendak Tanam Pokok Tin? Gambar pokok tin yang berbuah sarat juga diselitkan disitu.
Tapi kali ini kami melihat sesuatu yang menarik. Kalau dulu kami sering melihat buah-buah yang agak jarang-jarang atas batang, kali ini melihat buah-buah yang rapat-rapat pula. Mak Tam tanya Madam Yong. Dia kata kalau buah macam ni masalah juga sebab buah mungkin tersepit diantara buah-buah. Jadi bentuk buah mungkin terjejas. Katanya ini adalah disebabkan oleh pemberian baja buah kepada semua pokok serentak. Jadi batang muda, apabila mendapat baja buah 12:12:17 TE, tumbesaran dahan lambat berbanding bila ia dapat baja 15:15:15. Al-kisah, buah juga keluar rapat-rapat.
![]() |
Berbuah Rapat-Rapat |
![]() |
Berbuah Macam Berbunjut |
![]() |
Ikat Riben Lawa Boleh Jadi Hantaran (Gambar Internet) |
Tengok apa kata rakan-rakan di fb - Rose Syam, Juwariah Ibrahim dan Mohd Hafyzarr.
Mak Tam nak ucapkan terima kasih kepada Madam Young Yong dan Mr Poh atas perkongsian ilmu dan atas persahabatan. Mak Tam belajar banyak dan semoga dapat dimanfaatkan dikalangan peminat pokok tin. Nanti simpan buah besar lagi yer. nyam nyam...
![]() |
Buah IBG Dalam Pek Plastik Dan Kotaknya. |
Kali ini nak buat perubahan, Mak Tam akan letak lagu youtube yang pekenan dihati. Kali ini lagu Cindai oleh Dato Siti Nurhaliza. Dari dulu sampai sekarang memang suara dia sedap. Layan..............
Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin
(Call/SMS/Whatsapp/LINE):
Mak Tam 019-380-1815
atau
Pak Tam (019-3322-947)
E-mail: noorazimah@gmail.com