Mak Tam ucapkan terima kasih kepada Awien Redzuan kerana pos perkara ini di fb. Memang mengerikan pengalaman Nur Syahirunisa. Baca dan renungkan. Yang sedang membayar, ambil cuti dan pergi hadap pejabat PTPTN. Dalam keadaan kos meningkat melepasi tahap kemampuan kita, perkara di bawah mungkin membawa padah.
Nur Syahirunisa
Hampir
sejam kakitangan di kaunter PTPTN melayan saya seorang sebab perlu
merujuk kes saya dengan pihak akauntan. Terima kasih adik sebab melayan
saya dengan baik. Saya simpulkan dengan anda semua agar anda tidak
memandang ringan dengan perkara yang melibatkan PTPTN. Saya serius dan
mengatakan ianya amat berbahaya.
1. Saya mula membuat pembayaran
yang sikit-sikit sejak 2007 - 2010 kerana pada masa itu masih menganggur
dan masih belajar. Faham sajalah, apa yang saya bayar selama itu tadi
tiada maknanya sebab sudah digunakan untuk membayar interest sahaja.
Walaupun pada masa itu saya baru habis belajar pada bulan Ogos 2007,
tetapi PTPTN sudah mula mengira tunggakan dari bulan Januari 2007. PTPTN
bukannya peduli pun sama ada anda masih belajar atau sebaliknya.
Jadinya, tunggakan saya selama itu tadi adalah RM3,187.50 (interest 3%).
2. 2011, saya apply ujrah. Ujrah cuma mengenakan interest
sebanyak 1% sahaja. Tetapi untuk memintahkan dari 3% ke Ujrah tadi
berjumlah RM750 yakni masuk dalam tunggakan. Serius saya katakan yang
saya tidak tahu pun ada kos seperti itu. Mungkin saya terlepas pandang
atau memang sengaja tidak dimaklumkan oleh PTPTN supaya interest saya
bertambah.
3. Selepas saya mendapat ujrah, tunggakan RM3,187.50
itu tadi telah dibawa sekali dalam baki pinjaman saya. Jumlah pinjaman
termasuk tunggakan itu tadi adalah RM20,971.80. Baki ini yang saya perlu
bayar secara konsisten melalui potongan gaji sehingga ke hari ini dan
hutang saya kini tinggal RM7,837.73 (pada Disember 2015).
4.
Dalam masa lima tahun, saya membuat pembayaran PTPTN melalui potongan
gaji. Jumlah potongan pula sentiasa berubah-ubah. Dari RM180 bertambah
ke RM210. Sejak tahun 2013 pula bulanannya bertukar ke RM271 sehinggalah
ke hari ini. Saya tak kisah sebab saya fikir mungkin begitulah cara
PTPTN membuat pemotongan. Menurut PTPTN, saya sepatutnya bayar RM216
setiap bulan sehingga habis hutang.
5. Disebabkan kesilapan
penjadualan jumlah pemotongan gaji itu tadi, saya terpaksa menanggung
interest itu dari 2007 - 2015. Anda bayangkan, bagaimana perasaan saya
pada ketika itu? Dah bagus saya membuat pembayaran melalui potongan gaji
setiap bulan dengan harapan hutang diselesaikan segera. Tetapi dalam
kesopanan saya membuat pembayaran dengan cara itu, rupa-rupanya ada
jumlah tersembunyi yang saya perlu selesaikan.
"Salah saya kah?"
Jika PTPTN sudah tahu berlakunya kesilapan penjadualan pembayaran dari
mula, kenapa tak hantar surat cepat-cepat supaya saya dapat
menyelesaikannya dengan Unit Gaji? Kenapa bila hutang saya dah nak
habis, perkara ini baru nak dimaklumkan kepada saya? Hancur hati saya
mengetahui semua ini!
6. Tunggakan berjumlah RM5,423/09 yang
mereka minta sebelum ini adalah jumlah yang sudah termasuk semua-semua
yang saya ceritakan di atas. Jumlah itu mesti dibayar juga. Nak bayar
secara ansuran pun tak guna sebab surat saman tetap dikeluarkan selepas
30 hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.
Saya tetap cuba
membuat rayuan agar tunggakan itu tadi diselaraskan saja pembayarannya
melalui potongan gaji. Namun PTPTN enggan berbuat demikian dan mereka
tekankan untuk bayar segera. Jika tidak, interest akan tetapi dikenakan
sampai mati.
Saya tak dapat membuat pembayaran itu sebab dah tak
ada duit nak bayar. Kalau saya mampu bayar banyak sekali gus, baik saya
tak perlu minta potong gaji kan?
7. Berbalik pada cerita
kesilapan penjadualan gaji tadi, saya kata, "Kalau sudah berlaku
kesilapan, selesaikanlah mengikut jadual yang sebenar," (RM216 sebulan,
bukan RM271).
"Tak dapat puan, puan mesti bayar baki RM5,423.09
dulu, barulah dapat. Jika puan bayar jumlah itu, maka baki hutang puan
hanya tinggal RM2,000 saja lagi," katanya.
Aih? Kalau dah baki
tinggal RM2,000, apa guna saya nak menstruktur semula jumlah potongan
itu? Lebih baik saya bayar habis saja baki RM7,000 itu (kalau saya
kaya).
Bagi orang yang mempunyai banyak duit, memang tak banyak,
tetapi PTPTN perlu ingat bahawa latar belakang peminjam adalah memang
dari keluarga yang susah. Kalau keluarga tak susah, buat apa nak memohon
pinjaman pendidikan? Jadi, bila peminjamnya sudah bekerja, mungkin
peminjam perlu menyara/membayar tanggungannya yang mungkin banyak,
bukannya mula kerja saja terus membayar PTPTN saja kan?
8.
Kesimpulannya, PTPTN memang tidak dapat diajak berbincang lagi. Jika
mereka mendesak peminjam membuat pembayaran, maka mesti bayar juga. Saya
pun tak dapat nak berkata apa-apa lagi, kalau saya disumbat dalam
penjara, mesti banduan yang lain bertanya pada saya seperti:
"Kenapa kau masuk penjara? Kau bunuh orang ke?" - Banduan
"Aku masuk penjara sebab tak bayar tunggakan PTPTN,"
Sudah tentu bantuan yang bertanyakan soalan itu cepat-cepat minta digantung.
9. Nasihat saya kepada anda semua
Yang membuat pembayaran melalui potongan gaji, semak penjadualan
sebenar anda dengan unit gaji. Kesan sebarang ralat atau kesilapan
dengan lebih awal. Jangan jadi seperti saya!
Yang membuat pembayaran
secara manual, semak tunggakan anda sebelum interestnya beranak pinak
sampai anda berusia 60 tahun pun masih belum habis hutang dibayar.
Yang belum membuat sebarang pembayaran langsung, usahakan untuk membuat
pembayaran. Nanti nak pergi Umrah, pergi Haji dan melancong, terkandas
pula di bahagian Imigresen.
10. Sekian saja cerita dari saya
buat anda semua. Jika ada duit lebih, simpan untuk anak-anak sebagai
kegunaan untuk membiayai kos pendidikan mereka kelak. Jangan sesekali
meminjam. Assalamualaikum
Copy paste
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)