KEBUNA telah ambil alih pengurusan Pokok Tin Putrajaya. Untuk info anak pokok tin hubungi Kamal 011-3422-8877. KEBUNA juga menjual Anak Pokok Buah dan Herba,
Baja dan Nutrien,
Biji Benih,
Buku Berkebun,
Hidroponik dan Akuaponik,
Irigasi dan Fertigasi,
Kawalan Perosak,
Keperluan Semaian,
Media dan Tanah,
Pasu dan Polybag,
Peralatan Berkebun,
Produk Hiliran,
Produk Organik,
Weedmat dan Silvershine.
Mak Tam memang suka belajar benda baru, terutama tentang internet. Berbilion website ada kat internet, tapi macam mana nak berada dimuka pertama Google bila orang buat carian? Alhamdulillah, Mak Tam bertemu seorang yang berpengalaman dalam SEO iaitu Search Engine Optimization. Puan Siti Mardiah dari Sabah. Boleh klik di sini untuk mengenali beliau.
Lepak Untuk Belajar SEO
Lepas kelas Instagram, kami beralih ke Restoran Al-Azhar, Sg Besi. Sambung dua meja dan Iskandar, Najah, Bib, dan Balqis pun join sekali. Puan Siti Mardiah memulakan dengan memberi penerangan cara-cara membuat blog menggunakan blogger.com. Lepas maghrib sambung dengan macam mana nak buat website kita duduk kat muka pertama Google.
Puan Siti Mardiah Dari Sabah
Mak Tam kagum kerana cara Puan Siti Mardiah mengajar rasa santai sahaja, dan SEO yang susah pun mudah difahami. Kami buat latihan pada blog Mak Tam yang ini. Jadi kalau kawan-kawan baca semalam dan jumpa beberapa pos yang nampak 'off' sikit, itu adalah posting yang dibuat semasa kami sedang belajar. :D Terima kasih banyak Puan Siti Mardiah.
Iskandar dan Najah Kusyuk Mendengar
Seronok sungguh Mak Tam kerana ilmu ini sangat mustahak bagi mengekalkan kedudukan dalam carian google. Cuba buka Pakcik Google dan buat carian 'pokok tin', tengoklah website mana berada di mukasurat pertama Google. Kalau kita berada di mukasurat pertama Google, banyak benda kita boleh buat dengan website begini. Hah.. yang tu cerita lain pulak. Nanti bebila ada masa Mak Tam ceritakan. Sekarang Mak Tam belanja makan untuk mata.
Jeli Buah Dan Ais
Jom dengar lagu ni dulu. Caya la.. sedap suaranya. Lari pitching sikit jer....