Kursus Ketiga Penanaman Pokok Tin Untuk Newbie Putrajaya, Kajang, Bangi

Di atas permintaan, Kursus Ketiga Penanaman Pokok Tin Untuk Newbie Putrajaya, Kajang, Bangi akan dijalankan pada Ahad, 24 April, 2016.

Jika anda seperti salah seorang daripada di bawah ini, memang anda perlu menghadiri kursus asas ini supaya tidak membazir wang kerana anak pokok anda mati atas sebab tidak tahu cara menjaganya.

- anda ingin beli keratan batang tin tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengakarkannya,
- anda beli anak tut, dan selepas disemai, anak tut layu, kering dan mati,
- anda membeli anak pokok tin, tetapi mati selepas satu minggu apabila ditanam kedalam pasu,
- anda ingin tahu cara betul membuat campuran tanah khas untuk pokok tin,
- anda ingin belajar cara betul mengubahkan anak pokok tin kedalam pasu atau keatas tanah,
- anda telah ada pokok tin tetapi tidak tahu cara membaja dengan betul,
- anda telah ada pokok tin yang sudah berbuah, dan ingin tahu bagaimana untuk membuat pokok tersebut berbuah semula dengan banyak,
- anda ada pokok tin yang matang dan sudah berbuah, dan ingin belajat membuat tut,
- anda belum ada pokok tin tetapi ingin belajar sebelum menanggung kerugian kerana anak pokok yang dibeli mati kerana tidak ada pengetahuan mengenai penjagaan pokok tin.

Untuk kursus kali ini, kami memberi diskaun bagi pasangan suami-isteri yang ingin mengikuti kursus bersama iaitu hanya bayar yuran RM120 sahaja. Kami juga akan menghadiahkan satu batang keratan untuk dibuat praktikal semaian dan selepas itu dibawa balik. Wassap Mak Tam sekarang 0193801815.

UPDATE: Rakan-rakan yang telah mendaftar untuk kursus ini:

1.  Rusli.
2.  Wan Saadie
3.  Shahrul Nizam.
4.  Imah
5.  Raja Yahya
6.  Abd Razak Baba
7. Sekteng
8. Fauzi.
9. Zaliza Sinwan.
10. Abd. Ghani.
11.  Syed Badrul Hisham.
12.  SHAMSURI BIN MOHAMED SALLEH
13.  HASLINAH BT ABDUL
14.  Suhairi
15.  Hanisah
16.  Rosnah.
17.  Azhari.
18.  Razid.
19.  Zalika.
20.  Wan Norizah.
21.  Rozita.
22.  Abd. Jalal
**********************************************************************************
Video untuk kali ini adalah untuk lihat beberapa jenis pokok buah tin yang ada. Ini sesi cuci mata dan goda jiwa. :D


Tempat kursus adalah di alamat 55, Jalan Pinggiran Putra, Desa Pinggiran Putra, 43000.
Berhampiran Surau Al-Ikhwan,
Desa Pinggiran Putra (tepi Putrajaya)
2°54'28.5"N 101°42'25.5"E
2.907928, 101.707073.


(Whatsapp Mak Tam laju-laju jika nak hadiri kursus ini):
Mak Tam 019-380-1815