Kursus Kelima Penanaman Pokok Tin Untuk Newbie



Kelas tambahan sebelum Ramadan. Atas permintaan, Mak Tam buka satu lagi Kursus Penanaman Pokok Tin Untuk Newbie pada Sabtu, 21 Mei, 2016. Kursus hari Ahad telah penuh sila klik di sini untuk lihat senarai nama.

Siapakah yang perlu hadir kursus ini:

#  Anda yang belum pernah tanam pokok tin dan ingin belajar untuk mengurangkan risiko kematian anak tut/pokok. 
#  Anda yang pernah beli anak tut dan/atau anak pokok tetapi pokoknya mati.
#  Anda yang sudah mengeluarkan banyak wang untuk beli keratan batang tin tetapi semuanya jadi 'kayu api'.
#  Anda yang sudah tanam anak pokok tin tetapi tidak berbuah walaupun sudah 9 bulan.
#  Anda yang tidak tahu membuat campuran media yang sesuai untuk menanam pokok tin.
#  Anda yang tidak tahu baja yang sesuai untuk pokok tin dan cara membuat pembajaan.
#  Anda yang tidak tahu cara yang terbaik untuk mengubahkan pokok kedalam pasu atau tanam terus ke tanah.
#  Anda yang beli 5 pokok, tapi hidup hanya dua pokok saja.

UPDATE:  Rakan-rakan yang sudah mendaftar untuk kelas Sabtu 21 Mei, 2016.

1.  Zakaria Sungib
2.  Fauziah Ghazali
3.  Manshor Hassan
4.  Ltc Miswan Bujang
5.  Datin Seri Kamsiah Md Shah
6.  Dato Seri Bistamam Siru
7.  Shahrizal
6.  Rosli Mohamed
7.  Intan Mindef
8.  Rosliana
9.  Muhamad Nazri Borhan
10. HamzahAhmad
11. Siti MalizahJamaludin
12. Farizal Shaari
13. Radzhali Mustaffa
14. Noel Nor Jettey


Mari kita tengok kejayaan mengakarkan keratan oleh peserta kursus lepas. Seronok betul Pak Tam dapat tahu peserta kursus dah berjaya mengakarkan keratan pada percubaan pertama. Walau bagaimana pun, ada juga yang gagal kerana media terlebih lembab.

Mari kita lihat gambar-gambar yang dihantar  melalui Whatsapp oleh mereka yang berjaya.











Yang ini komen kawan sekolah Mak Tam







   

Ramadan bermula awal bulan Jun ini. Tiada kursus dibuat sepanjang bulan Ramadan. Jadi jika berminat, cepat-cepat wassap Mak Tam 019-380-1815.

Last sekali Mak Tam belanja video di bawah ni. :D Sedap suara dia. Isy.. isy..