

Jadi Mak Tam pun suruh dia buka kotak itu dan tunjuk kepada Mak Tam. Dia pun bawa kotak ke dapur dan buka kotak. Dia tangkap gambar untuk Mak Tam tengok isi kotak. "Ooo.. cantiknya 'bareroot' Liza Mallah ni," kata benak Mak Tam.
Mak Tam terus beritahu bahawa hanya satu pokok saja dipotong dan tunjukkan panjang mana hendak dipotong. Dan Wa'ah pun ikutlah cakap maknya dengan patuh sekali. Dilembabkannya beberapa helai kertas akhbar dan dibalutkannya kedua anak pokok tin. Lalu ia beritahu kedua pokok selamat masuk begnya.
Selama dua hari menunggu baliknya Wa'ah, hati Mak Tam gembira sekali. Sudah banyak bulan tidak menatap wajah anak yang selalu menggembirakan hati ibunya ini.
Abangnya Kamal Tasnim sibuk menyiapkan bilik adiknya. Pak Tam pun nampak ceria sekali menunggu anak bongsu buah hati pengarang jantungnya.
Pada hari Jumaat, kami bertiga terus saja ke arah KLIA. Suka sekali bertemu anak dan terus bawanya balik rumah.
Sampai dirumah kami bersembang bertanya khabar. Mak Tam minta tengok anak pokok yang dibeli. Wah seronok betul Mak Tam sebab pokok nampak masih segar bugar.
Mak Tam tercari-cari batang yang telah dikerat. "Mana batang yang dikerat tu?", tanya Mak tam. Jawab anak, "Wa'ah dah buang dalam tong sampah. Kena bawa balik ker Mak?", tanyanya. Mak Tam pengsan. he he he.. habis cerita.
Batang yang kena buang itu mungkin berharga RM300 jika dapat disemai dan dijadikan anak pokok. Tapi oleh kerana Mak Tam buat andaian anak akan bawa balik bersama, tidaklah Mak Tam beritahu suruh bawak balik.
Pembelajaran dari insiden ini: Lain kali kena bagi SOP untuk anak bawa balik pokok tin yang mahal harganya. Sayang anak mak.
Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin
Ni Mak Tam belanja video satu. :D Betapa cepat anak-anak membesar. Terima kasih Ya Rabb atas kegembiraan dan kebahagiaan yang diberi sepanjang hidupku. Allahuakbar.