Gambar Semasa Kursus Asas Pokok Tin Untuk Newbies 11 Ogos, 2016

Semasa Kursus Asas Pokok Tin Untuk Newbies 11 Ogos, 2016

Ini kursus bersejarah kerana yang hadir adalah mantan pegawai-pegawai tinggi di Jabatan Pertanian. Kebanyakan adalah ketua Pak Tam dan Mak Tam masa kami bekerja di Jabatan Pertanian. Jadi bolehlah diandaikan bahawa serangan virus DTK, iaitu Demam Tak Kebah ini tidak pilih bulu. Sapa-sapa pun boleh dijangkitinya. Jadi bersedialah dengan ilmu agar kita tidak terus demam tak kebah-kebah.

Bagi Pak Tam dan Mak Tam secara peribadi berasa sangat besarhati. Jika tidak pasal pokok tin, mungkin kena tunggu kenduri kahwin baru dapat berkumpul.

Tangan kanan tangan kiri,
Keduanya memegang kartu;
Bintang hanya bersinar malam hari,
Sahabat bersinar setiap waktu.

Rakan-rakan yang hadir:

1.   Dato Ishak Hj Ibrahim
2.   Tn Hj Zulkifli bin Ayub
3.   Tn Hj Azaham bin Abidin
4.   Ab Rashid bin Ab Rahim
5.   Tn Hj Mohamad bin Sabtu.
6.   Zubir bin Bidin
7.   Tn Hj Abdul Wahid bin Azahari
8.   Norma binti Othman
9.   Dr Mohd Hatta Dagap
10.  Mohd Yusof Hashim 
11.  Md Yusof bin Maidin
12.  Datuk Kadir Hadi
13.  Datin Rabirah Awang
14.  Dr Azmi bin Mat Akhir
15.  Dato Syed Farooq Fadhil
16.  Datin Salbi Ranting
17.  Hjh Noorsiah Md Noor
18.  Tn Radzuan Ahmad


Kursus Pokok Tin
Rakan-Rakan Dari Jabatan Pertanian Yang Dulunya Terdiri Dari Boss Pak Tam & Mak Tam