Facebook vs Kita

Tiga minggu yang lepas, Mak Tam dan kawan-kawan bersembang pasal arahan Facebook suruh patuh kepada syarat mereka agar memberi maklumat sebenar semasa membuka akaun fb. Memang sudah ada peraturan sebegini sejak awal dulu. Tapi nampaknya, mungkin atas sebab penyalahgunaan semakin meningkat, pihak fb mahu membersihkan fb dari akaun-akaun yang menyamar.

Notis Akaun Ditahan oleh fb

 

Ada beberapa rakan telah menerima notis seperti diatas tidak lama dulu. Kes seperti ini mungkin boleh rayu, tapi faham-fahamlah. Facebook mempunyai 1.71 billion ahli. Entah berapa lama untuk ambil tindakan. Jika anda terima notis seperti diatas, dan merayu, pihak fb akan minta anda hantar kad pengenalan diri yang menunjukkan nama penuh, tarikh lahir dan gambar. Jika anda guna nama samaran 'Fantasy Fig Garden', macam mana nak ada kad pengenalan? Alamat kena tutup teruslah akaun itu. Poof.. lesap..


Jika anda terima notis macam yang diatas ini, tidak payah susahkan diri. Kata bye-bye sajalah kepada akaun anda itu. Buat yang baru, minta kawan-kawan fren balik. Jika ada fanpage bisnes yang sudah ada ribu-raban likes, juga akan lesap. Jika anda tidak menyimpan database pelanggan, menangis pun tiada gunanya. Semua rekod anda akan hilang. Semua gambar-gambar kenangan bersama keluarga dan sahabat-handai juga turut serta.

Tetapi jika anda guna fb untuk seronok-seronok sahaja, tidak ada masalah. Buka saja akaun baru.

Mak Tam tulis ini khusus untuk kawan-kawan yang berniaga menggunakan fb sebagai salah satu kaedah pemasaran. Bersihkan akaun personal fb anda. Kelebihannya banyak. Media sosial adalah salah satu marketing tool yang berkuasa tinggi. Lagi anda telus, lagi ramai mengenali anda dan mempercayai anda. Dalam perniagaan online begini, kepercayaan orang sangat mustahak.

Oleh sebab inilah Mak Tam mengadakan satu group jual-beli pokok tin dan produk berkaitan yang telus. Semua ahlinya, samada penjual atau pembeli, berdaftar dan mempunyai akaun fb yang mematuhi syarat fb. Fb group yang dimaksudkan adalah Kedai Tin Oh Tin atau Kedai TOT.

Kedai Pokok Tin

Untuk menjadi ahli memang renyah sikit. Tapi ia hanya perlu dibuat sekali sahaja, dan anda akan berada dikalangan rakan-rakan yang dikenali. Jual-beli akan jadi lebih terbuka.

Macam Mana Nak Join Group Kedai TOT?

Add caption


Klik di sini dan isi Borang Pendaftaran. (Maklumat anda adalah confidential).

Ini pulak adalah link ke group Kedai Tin Oh Tin. Cepat klik butang JOIN GROUP kat situ.

Selepas selesai semua diatas, pm Mak Tam di sini.

Dibawah ini adalah sebahagian rakan-rakan yang telah menjadi ahli. Ada ahli yang newbies. Pokok tin pun tidak ada. Ada dikalangan ahli yang sudah menanam pokok tin dan juga menjual. Kita akan rasa selesa berurusan digroup ini kerana semuanya adalah telus. Jika berlaku perkara yang tidak diingini, bincang baik-baik. Kita semua kawan yang mempunyai minat yang sama.



Dalam group Kedai TOT ini, anda tidak lagi berurusan dengan 'pokok tin' atau 'buah tin' atau 'kebun tin' atau 'nurseri' atau 'bunga' atau 'kucing' atau 'kanak-kanak', tetapi dengan seorang dewasa yang bernama dan berwajah. Semoga usaha ini diberkati dan membawa manfaat kepada semua ahlinya. Aamiin.

Jom dengar lagu ni. Masa Mak Tam muda dulu ada beli banyak priring hitam. Tapi rasanya anak muda sekarang tidak tahu apa itu piring hitam. Alat untuk memainkan piring hitam pun sudah tidak wujud sekarang. :D


  


2 comments

Write comments
2:25 PM delete

😀😀😀😀......penghujungnya dapat dengar lagu...lucu pun ada Mak Tam ni....hehe. Btw terima kasih banyak2 yea

Reply
avatar