Hari terakhir berada di Italy, kami mencari seorang petani organik bernama Siro Petracchi. Dia juga adalah Presiden Persatuan Pengeluar Buah Tin Kering di Carmignano. Agak berbelok-belok juga nak sampai ke ladangnya. Sampai sahaja kami, terus disambut macam sudah kenal lama.
Mak Tam tanya, "Are you Siro?"
"Yes. I am Siro," jawabnya dengan senyum lebar.
Kemudian Siro mengajak kami kesebelah depan ladangnya setelah menunjuk kepada Kamal Tasnim tempat untuk park kereta. Terus terjumpa pokok tin ini ditepi rumah jirannya. Ada nampak buah yang masak dan Siro terus menaiki benteng untuk mengambil buah tin. Buah yang masak berkulit hijau dan isinya merah. Manis buahnya.
.
Pak Tam tanyakan nama varieti. Siro kata dia tidak tahu. Lalu Pak Tam kata, "Kita bagi nama varieti pokok ini sebagai Siro Petracchi".
Sambil ketawa Siro berkata, "Kalau macam itu, ada hampir sepuluh pokok di sebelah bawah bukit itu pun akan bernama Siro kerana pokok-pokok itu juga tidak bernama". Kami ketawa bersama mendengar kenyataannya.
Siro Petracchi memberitahu bahawa dia telah mula menanam pokok tin yang terpilih dan ada nama varieti dalam 5-7 tahun lalu. Anak pokok yang ditanam pada masa itu telah berumur 3 tahun. Tapi pokok tinnya ditanam di kawasan bawah bukit. Sebenarnya, kawasan rumah kampongnya ini adalah kawasan berbukit. Bukan sesuatu yang mudah bertani begini. Mencabar.
Siro Petracchi masuk kerumahnya untuk mengambil bakul dan kayu penyangkok. Dia menunjukkan jalan kekebun tinnya. Mula-mulanya Mak Tam ikut, tetapi bila sampai ketempat yang agak curam, Mak Tam terpaksa berpatah balik. Memang kalau turun ke bawah bukit itu, rasanya tak boleh naik balik sebab lutut pun dah mula merungut. Jadi hanya Pak Tam, Siro dan Bianca sahaja yang teruskan turun bukit. Kamal Tasnim bawa Mak Tam berjalan balik ke arah rumah Siro.
Ini gambar yang diambil oleh Bianca semasa Pak Tam dikebun tin Siro Petracchi. Siro menanam 100 pokok tin pelbagai varieti yang popular di Itali.
.
Pak Tam tanya apa yang dia buat apabila musim sejuk datang dan daun semua luruh. Siro terus ketawa dan berkata, "Dulu saya potong dan bakar. Mulai tahun ini tidak lagi. Saya akan jual keratan".
.
Semasa kembali kerumahnya, Siro memberitahu bahawa beberapa orang menghubunginya melalui facebook untuk membeli keratan pokok tinnya setelah ia menunjukkan gambar buah-buah tin yang sedang dikeringkan dalam wall facebooknya. Dari situ dia dapat idea untuk menjual keratan pokok tin kepada yang berminat.
.
Siro hanya akan mula mengambil tempahan pada bulan December 2016 ini. Ini adalah kerana Oktober dan November 2016 Siro dan keluarga akan sibuk dengan tuaian buah zaitun.
Siro menjemput kami masuk ke tempat kerjanya untuk berehat dan berbincang. Dia menjamu kami dengan minuman diperbuat daripada buah fig, buah fig kering dan air. Memang sedap. Buah fig yang dikeringkan mengikut cara traditional tidak dapat mengekalkan warna kulit dan isi buah, katanya. Tapi cara baru yang dicubanya sekarang dapat mengekalkan warna kulit dan isi, dan isi juga tidak terlalu kering.
Siro Petracchi dan rakan-rakannya dalam persatuan berhasrat menengahkan bekalan buah tin kering mereka yang dikering dengan cara baru. Tetapi dia juga bimbang tidak dapat menyaingi pengeluar besar seperti Turki dan Israel. Mak Tam kata wujudkan niche khas untuk buah tin kering mereka kerana keunikan rasanya. Gambar almari menunjukkan tempat ia menyimpan kotak-kotak berisi buah tin yang telah dikeringkan.
Siro menunjukkan beberapa buah tin yang dikutip olehnya. Buah juga tidak banyak kerana sudah penghujung musim. Siro juga bekalkan kami buah untuk dibawa balik kerumah tumpangan.
Ini kayu penyangkok yang diikat kapada bakul. Kayu ini digunakan untuk cangkok ranting untuk ambil buah masak. Buahnya dimasukkan kedalam bakul. Kalau pokok tinggi, kena kayu yang batangnya panjang.
Ini adalah bekas yang digunakan untuk mengeringkan buah tin cara lama. Sekarang masih boleh digunakan tetapi sebab sudah ada peralatan baru ia disimpan sahaja.
Mak Tam terperasan bahawa ada banyak botol minuman. Mak Tam tanya Bianca sama ada air minuman dibeli. Bianca kata memang mereka membeli air minuman. Air yang ada dikawasan rumah tidak boleh diminum.
.
Mereka mempunyai telaga yang dikorek mungkin seratus meter dalamnya. Air ini digunakan untuk kegunaan rumah tetapi tidak untuk diminum. Air untuk pokok-pokok diladang mereka datangnya dari hujan. Jika macam itu, memang pokok zaitun dan tin ini tidak memerlukan banyak air agaknya.
Siro juga membuat fig preserve. Mungkin persatuannya akan menjual buah kering dan produk hiliran sebegini. Seronok Mak Tam dapat peluang mengenali Siro Petracchi. Mak Tam doakan supaya Siro dan rakan-rakannya berjaya dalam usaha mereka. Jual cutting kepada orang Malaysia pun dah boleh buat duit banyak. Dulu ranting dibakar sahaja.
Kami bertuah dapat bersua dengan nenek Siro sebelah ayahnya bernama Angiolina Gabbani. Pada tahun ini umur neneknya 99 tahun. Masih sihat dan boleh bersembang. Neneknya ini tinggal dirumah kampong ini sejak kecil dan mengajar Siro cara-cara mengeringkan buah tin. Yang sebelah ini adalah gambar neneknya dalam sebuah kalendar. Siro dengan bangga menyatakan neneknya juga seorang Calendar Girl.
.
Kamal Tasnim kata persekitaran yang sihat dan berbukit-bukau membuat mereka kurus dan berkudrat. Rasanya begitulah. Memang pergi mana-mana dalam ladang mereka hanya guna kaki. Banyak excercise dan tiada pencemaran.
Siro Petracchi membawa kami masuk ke dalam sebuah bilik dimana alat mengeringkan buah fig dipasang. Wah.. sungguh canggih dan bersih alatnya. Macam bilik oven.
.
Siro juga dapat idea untuk menggunakan alatnya ini mengeringkan daun tin untuk buat teh. Mak Tam cadangkan supaya dia cuba keringkan daun tin dan kekalkan hijaunya. Ia boleh jadi satu lagi produk yang boleh dipopularkan dikalangan orang Itali dan dikomersilkan dinegaranya. Siro sangat teruja. Nampak kegembiraannya diwajahnya. Pak Tam dan Mak Tam juga rasa sangat bertuah dapat bertemu Siro. Banyak yang dapat dipelajari. Mungkin suatu masa kami ada rezeki bertemu lagi.
Sesiapa yang hendak order keratan, order terus dari Siro Petracchi. Cuma dia minta jangan order sekarang. Buat order mulai Disember, 2016 kerana masa itu dia akan ada masa untuk pokok tinnya. Walaubagaimana pun, baca post Mak Tam yang ini klik sini sebelum buat tempahan.
Di Itali ini memang pokok tin suka. Siro Petracchi kata sudah banyak kali dia hendak buang pokok tin yang tumbuh tepi pintu ini, tapi hingga sekarang dia akan terus hidup. Begitulah semangat tin yang menular kedalam hati-hati orang Malaysia. Terus segar megar kasih mereka kepada pokok tin.
Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin