![]() |
Ini Anak Pokok 1 Tahun Dan Batang Masih Hijau |
Anak Pokok Tin Berumur 2 Tahun Dan Batang Sudah Keras Berwarna Coklat |
"Klien saya dari Amsterdam sangat 'strict'. Jika tidak lurus macam pokok buluh mereka akan tolak," kata pemilik nurseri ini. Semua daun dibatang induk juga dibuang agar batangnya nampak betul-betul tegak. Ini ditambahkan sebatang buluh atau kayu dipacak dan ditape bersama batang tin supaya lurus tegak.
Apabila pokoknya telah tumbuh lurus hingga 1.5 meter, baru digalakkan pengeluaran cabang. Jadi anak pokok akan ada batang induk yang lurus. Selepas itu barulah anak pokok dibiarkan mengeluarkan cabang supaya pokok nanti akan berbentuk seperti payung. Apabila ditanam kedalam pasu atau ke atas tanah, pokok tin akan nampak cantik sebagai pokok buah juga sebagai pokok hiasan laman.
![]() |
Bentuk Pokok Tin Yang Digemari Orang Eropah (Gambar di Son Mut Nou) |
Jadi jika kita ke Eropah dan ingin membawa balik pokok tin belilah anak pokok yang sudah dua tahun umurnya. Batangnya sudah keras dan boleh dibuat 'bareroot' (anak pokok tanpa tanah). Batang selebihnya dipotong untuk dijadikan keratan. Buang semua daun. Seal tempat batang yang dipotong bagi mengelak kekeringan dan serangan kulat. Pastikan bareroot dan keratan tidak basah kerana ini juga boleh mengundang serangan kulat. Boleh dikeringkan dibawah kipas. Jangan sekali-kali dikeringkan dibawah panas matahari. Lepas itu balutlah bahagian akar dengan plastik. Bareroot boleh tahan 2-3 minggu dalam perjalanan.
![]() |
Buang Semua Tanah Dan Tinggalkan Sebahagian Akar |
Tapi jangan lupa iaitu untuk membawa masuk bahan tanaman, perlu ada dokumen tertentu. Hubungilah Jabatan Pertanian untuk maklumat lanjut.
Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin
Jom tengok video ini pulak. Layan lagu Hindustan. Masa Mak Tam kecil dulu, kalau pergi panggung wayang mesti tengok cerita Hindustan dan cerita P. Ramlee. Sekarang panggung wayang lama semua dah jadi tempat jual perabut, cafe dan pelbagai lagi. Panggung-panggung baru tumbuh di shopping complex. :D
1 comments :
Write commentsTerima kasih Mak Tam sharing info ni ...
Reply