Anak Pokok Tin di MAHA, MAEPS

Dua tahun sekali MAHA datang menjenguk. Memang seronok pergi MAHA. Tahun ini MAHA dibuat pada 1 - 11 Disember, 2016. Mungkin ramai juga rakan peminat akan cari anak pokok tin di MAHA. Jika hendak beli di MAHA, rakan-rakan Mak Tam ramai yang berjual disana. Cari sahaja disebelah pintu 2.

Mak Tam tidak menjual di MAHA. Lokasi tempat Mak Tam - Pokok Tin Putrajaya adalah dalam 15-20 minit perjalanan kereta dari lokasi MAHA. Jika nak guna Waze atau Google map, cari saja 'mak tam pokok tin'. InsyaAllah akan keluar macam kat bawah ni.

pokok tin putrajaya dekat maha
Mak Tam Pokok Tin Putrajaya 20 minit dari MAHA
Klik saja gambar peta diatas sebelah kanan itu, dan Waze akan tunjukkan jalan terus ke tempat Mak Tam tepi Putrajaya. Ada beberapa kelebihan terus datang beli pokok tin di tempat Mak Tam.

1. Parking kereta mudah, jadi selepas beli terus saja angkat pokok masuk kereta. Tidak penat, tidak lelah.

2. Tempat Mak Tam hanya 15-20 minit dari lokasi MAHA. Jadi jika nak datang ikut Waze saja.

3. Harga anak pokok yang stabil dari RM140. Jika ambil lebih harga boleh runding. Pokok tin yang stabil lebih senang dijaga dan lebih cepat berbuah.

4. Harga special untuk mereka yang membeli pokok tin untuk diberi sebagai hadiah kepada ibu-bapa dan mertua. Ini pasal Mak Tam selalu terima pengunjung yang bawa ibu-bapa, atuk/nenek dan mertua, dan Mak Tam tersentuh tengok mereka tersenyum gembira. Banyak pahala buat ibu-bapa gembira. InsyaAllah.

Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin
Pokok Tin Putrajaya tidak jauh dari MAHA


Sebelum kelain, mari tengok video ini dulu. Lagu P. Ramlee menyentuh jiwa dan perasaan.


Kalau hari-hari biasa pun silalah datang ke tempat Mak Tam, tidak payah tunggu beli pokok tin di MAHA. Call saja Pak Tam (019-3322-947) atau Mak Tam (019-380-1815).