![]() |
Sekam Padi Bakar Mak Tam |
Sekam padi bakar adalah biochar dan sangat baik untuk tanah. Disamping membanyakkan rongga dalam tanah, ia juga meningkatkan ketersediaan nutrien dan mengekalkan nutrien lebih lama. Dengan adanya sekam padi bakar dalam tanah, pengaliran air lebih bagus. Ini sesuai untuk pokok tin kerana ia jenis tumbuhan yang memerlukan media tanaman yang ringan iaitu campuran tanah merah:tanah bakar:sekam bakar pada kadar 3:2:2 bahagian masing-masing.
![]() |
Kamal Tasnim Memegang Beg Sekam Padi Bakar |
Klik peta kat bawah ini untuk beli sekam padi bakar yang kasar gred A. Harga ialah RM15 seguni. Hubungi Kamal 019-3422-8877 jika mahu buat tempahan yang banyak.
Mari tengok video yang menunjukkan cara membuat sekam padi bakar di Indonesia.
Jika mahu membuat sendiri, boleh dapatkan alat pembakar daripada Encik Malik Yusof (019-508-0909) dengan harga RM50 sahaja. Jom kita kayakan tanah dengan mengguna sekam padi bakar.