International Fig Summit UKM 2016

Dari 24-26 November, 2016, pihak UKM telah mengadakan IFS UKM 2016. Sayangnya Mak Tam telah terikat dengan menghadiri kursus Google Adwords juga selama tiga hari. Hanya anak Mak Tam, Kamal dapat hadir.

Oleh itu Mak Tam nak kongsi penulisan kawan Mak Tam, Fahmie Abu Bakar mengenai IFS ini dan impaknya kepada kami yang meminati pokok tin.




Fahmie Abu Bakar

SATU KEJAYAAN ANAK TEMPATAN.
=============================

Bagi di kalangan peminat pokok tin DUNIA, nama Montserrat Pons Boscana ialah satu nama yg tidak asing. Malah beliau adalah antara the best collectors in the world. Ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja. Ratusan peminat pokok tin ATAU FIG HUNTER, membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk pergi ke ladang pokok tin beliau di Spain. Apatah lagi dapat menuntut secebis ilmu darinya adalah satu kebanggan mereka yang telah ke sana.

Di negara KECIL kita, walaupun usia budaya pokok tin masih belum pun mencecah 5 tahun kematangan pun, yang mana kita semua masih lagi mencari-cari teknik dan cara yang terbaik, Tuan Shamsul Akmal Shamsudin dan Prof Zahira Yaakob mengorak sejarah dunia dengan menterjemah buku karangan Tuan Montserrat Pons Boscana yg dalam bahasa spanish ke bahasa inggeris. Buku yang selama ini saya cuma tengok gambar sahaja selama 2 tahun, yang saya tahu terkandung pelbagai rahsia dan pengongsian ilmu dari masterjie himself..

Dalam ratusan/ribuan figgers di dunia, 2 orang inilah yang terpilih untuk menterjemah buku yang menjadi kitab utama bagi figgers di dunia. Ini juga, tidak dinafikan adalah satu usaha ANAK TEMPATAN yang bukan calang2 dan tidak boleh diperkecilkan..satu pencapaian yang diiktiraf sehinggakan Prof dinobatkan sebagai Women In Science dari agensi antarabangsa. Kita sebagai figgers tempatan sepatutnya berbangga atas usaha bertahun kedua mereka ini dan janganlah kita perkecilkan yang mana kita sendiri SUDAH PASTI TIDAK MAMPU melakukannya.

Walaupun sewaktu lawatan tuan Montserrat ke kebun kami Formeniaga Fig Farm saya tiada, namun daripada feedback yg diterima, menunjukkan usaha bertahun saya selama ini, berada dalam landasan yang betul. Segala telahaan, tekaan, teori yang mana kita sendiri yang mencari jalannya, telah dipastikan di aliran yang betul. Ini ada satu benda yang mustahil saya lakukan sendiri. Saya amat berterima kasih kepada Tuan Shamsul Akmal Shamsudin dan Prof Zahira Yaakob atas usaha mereka. Dan kita semuanya patut berbangga, bukan Montserrat sorang, tetapi 2 lagi lagenda figgers dunia turut serta dalam lawatan ke Malaysia, Indonesia dan Thailand.

SYABAS ORANG KITA!! Saya berbangga bersahabat dengan anda semua.











Alahai, teringat kenangan layanan Mr Monserrat semasa Mak Tam sekeluarga melawat kebunnya. Semoga dapat pergi lagi ke tempatnya Son Mut Nou, Mallorca Island, Spain.



Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin

Mari kita dengar satu lagu Sepanyol yang sedap.