Kemudian Tuan Haji Isa mencari sesuatu hobi lain. Pengalaman mereka masuk hutan memperkenalkan mereka kepada pelbagai jenis kayu hutan. Tuan Haji Isa berminat ingin membuat tongkat daripada kayu. Mulanya belajar dengan orang asli. Tongkat yang dibuat dengan tangan mengambil masa yang panjang.
Tergerak hati untuk mencari mesin yang boleh membuat kerja ini lebih mudah. Dari situ pada empat tahun yang lalu, Tuan Haji Isa mula meletakkan gambar hasil tangan beliau dalam blognya Kayu Warisan Malaysia KWN Craft.
Walaupun blog beliau dalam bahasa Melayu, tetapi orang dari seluruh dunia nampak hasil kerja beliau dan mula menghubunginya untuk buat tempahan. Alhamdulillah, sekarang dari blog ini, KWN Craft telah menerima berbagai tempahan dari kayu dan telah ada kilang sendiri dengan mesin yang moden dan terkini.
Semoga Tuan Haji Isa dan Hajjah serta keluarga terus maju jaya.