Kenali Mak Tam & Pak Tam

pak tam mak tam
Pak Tam & Mak Tam Dulu Pekerja Pertanian
Mak Tam dulu kerja dengan jabatan pertanian. Ambil pencen awal pada tahun 2009. Masa tu baru tahu bahawa ambil pencen awal itu satu nikmat. Dapat menumpukan masa kepada Pak Tam dan anak-anak.

Alhamdulillah, awal tahun 2014, seorang kawan bernama Fahmie telah menghadiahkan anak pokok tin. Jenis Green Jordan. Bukan main sukanya kami. Macam dapat anak baru. Pergi nurseri belikan pasu besar, tanah, baja, dan alatan berkebun.Terus tanam. Pokok tin jika diberi kasih sayang, rupanya tumbuh dengan baik sekali.

Green Jordan Pokok Tin Pertama Kami
 Pak Tam pencen jabatan pertanian lebih awal. Kemudian bekerja dengan BERNAS. Bila dua-dua pencen, bagus juga kami sama-sama berminat dengan pokok tin. Maka dari satu pokok tin bercambah menjadi hampir seratus jenis.

Beriadah sambil berkebun. Kawasan rumah bertukar wajah. Dari sunyi sepi dilaman, sekarang ni penuh dengan aktiviti. Anak-anak juga turun berkebun. Juga melalui pokok tin, kami berkenalan dengan ramai orang. Tak sunyi laman rumah dengan kunjungan rakan lama dan baru.


pak tam dan anak
Anak-anak Kena Berkebun - Sempat Posing Atas Lereng Depan Rumah

Pada masa yang sama, banyak permintaan untuk beli anak pokok tin. Jadi kami juga jual anak pokok tin secara kecil-kecilan sebagai hobi. Kami pilih anak pokok yang sudah besar supaya cepat keluar buah.

pokok tin putrajaya
Anak Pokok Tin Yang Besar dan Sihat - Cepat berbuah


Pada akhir tahun 2014, Pak Tam tiba-tiba saja kata kat Mak Tam. "Aku nak pi kursus kelulut. Nak belajar bela kelulut. Boleh makan madu dia. Banyak khasiat madu kelulut ni".

Mak Tam pun carilah kat internet. Google punya Google, jumpa tempat kursus di Kuantan. Mak Tam pun sibuk nak berkursus juga. Maka dari situ bermulalah satu lagi hobi. Menternak kelulut di keliling rumah.
Ini Cik Omei - Kelulut Posing Atas Corong

Kelulut Mak Tam semua ada nama. Cik Lut, Cik Sica, Cik De (pasal letak kat depan rumah), Cik Nang (duduk bawah pokok nangka), Cik Ta dan Cik Nim (mengambil sempena nama anak nombor tiga Tasnim), Cik Reng (pasal dulu diletak diatas lereng bukit depan rumah), dan beberapa lagi. Mak Tam pun dah lupa.
pokok tin putrajaya
Kelulut Kesayangan Mak Tam & Pak Tam

Kami pun dapat mengeluarkan madu kelulut dengan jenama Tasnim, sempena nama anak ketiga kami.
madu kelulut pak tam mak tam
Madu Kelulut Jenama Tasnim

Mak Tam berdoa agar Allah swt memberi kesihatan kepada kami berdua. Syukur Alhamdulillah di atas nikmat-nikmatNya.

Klik peta kat bawah ini untuk beli pokok tin dan madu kelulut tulin